in , ,

Namewee Bakal Lancar Filem Kara King Ogos Ini

[dropcap]F[/dropcap]ilem ketiga Namewee iaitu filem Kara King telah pun siap dan sekarang tengah menunggu masa untuk ditayangkan pada bulan Ogos 2013 di pawagam seluruh dunia termasuk  Malaysia + HongKong + Taiwan + Singapore + China + Canada. Budiey sempat bertemu dengan Namewee dan menembual beliau di AIFFA 2013 di Kuching, Sarawak minggu lalu tentang filem ini.

KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Namewee Tentang AIFFA2013

Selepas berjaya mengarahkan filem Nasi Lemak 2.0 dan Hantu Gangster, Namewee kembali dengan filem terbarunya Kara King yang mengisahkan tentang dunia muzik rock dan pertandingan karaoke.

Filem ini menjalani pengambarannya pada tahun lepas berlokasikan di Tras, Pahang.

Apa yang menarik dalam filem “Kara King”, Namewee turut mendapatkan khidmat penyanyi popular Taiwan, Gao Ling Feng, dan pelakon veteran Hong Kong, Ng Mang Tat. Bagi yang tidak tahu, Ng Mang Tat adalah seorang pelakon yang sering bekerjasama bersama Stephen Chow.

Filem ini dikatakan menelan belanja lebih RM3 Juta dan penggambarannya dibuat di Malaysia sehingga Julai 2012. Selepas itu, penggambaran diteruskan pula di China dan Hong Kong. Menurut Namewee, filem ini mengisahkan tentang muzik yang menjadi medium kepada seorang anak dan bapa dalam merapatkan hubungan mereka berdua.

“Ini adalah kisah tentang bagaimana muzik boleh menjadi medium untuk merapatkan jurang antara seorang bapa dan anaknya, dan saya amat berbangga dapat berlakon dan menjadi anak kepada pelakon kegemaran saya, Ng Mang Tat dalam filem ini.” – Namewee dipetik dari Yahoo News.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, filem Namewee berjudul “Nasi Lemak 2.0″ telah merangkul anugerah ‘Best Asian New Director’ di Osaka, Taipei Golden Horse, Okinawa Film Festivals dan yang terbaru New York Asian Film Festival serta Puchon Korea Film Festival.

NameweeNamewee

Namewee

Namewee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Maskara Bakal Jadi Fenomena di TV1

Drama Cinta Jangan Pergi Disiar Selama 2 Jam 6 April Ini