in ,

Telemovie TANGISAN DALAM POKOK Lakonan Puteri Balqis

Lakonan luar biasa pelakon cilik Puteri Balqis menghayati watak seram bakal dipertontonkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah telemovie bertajuk “Tangisan Dalam Pokok” yang disiarkan mengisi slot Pilihan Jumaat di TV2 pada 15 Mei ini, pukul 2.00 petang.

Drama turut menampilkan lakonan mantap Puteri Balqis Azizi menghayati watak Zarah, anak kepada Zarif lakonan Ary Putra selain Iwan Hj Dasri (Anai), Zack X-Factor (Ungai), dan Tengku Hanis (Amna, isteri Zarif).

Tangisan Dalam Pokok, cerita seram yang penuh misteri di mana pokok besar di dalam hutan mula menganggu kehidupan Zarif dengan suara tangisan. Ia bermula apabila anak Zarif, Zara tak semena-mena diserang sakit misteri. Penyakitnya berlanjutan tanpa diketahui sakitnya oleh semua doktor pakar yang merawatnya. Puan Salamah iaitu ibu Zarif mula mencadangkan Zarid dan Amna membawa Zara berubat secara tradisional. Zarif enggan dan tak mempercayai bomoh. Zarif mahu Zara berubat diluar negara kerana yakin perubatan moden di sana mampu merawat Zara. Namun, pelbagai kejadian aneh berlaku yang menghalang pemergian mereka.

Zarif akhirnya lembut hati dengan permintaan Amna. Dia membawa Zara berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional, Ustaz Dan. Zara meracau dan mula bercakap bahasa Sarawak. Dalam pada itu, Zara tiba-tiba cuba mencekik Zarif.

Pak Dan tahu Zarif pernah ke Sarawak. Katanya penyakit misteri ada kaitan dengan Razif. Hanya Razif dapat selesaikannya. Caranya hanya ke Sarawak ke tempat yang disebutkan Zara iaitu ‘Stutong’. Menurutnya, Zarif telah membawa pulang semangat negatif dari sana dan telah menghantui Zara. Zarif menidakkan kata-kata Pak Dan kerana dia tidak pernah ke sana. Penyakit Zara semakin serius. Amna mula rungsing dan memberi tekanan kepada Zarif.

Dalam pada itu, ilusi Zarif mengenai gambaran pokok makin kuat. Zarif tak dapat bekerja dengan baik. Kerjanya banyak diserahkan kepada pembantunya. Amna secara diam walau dilarang Zarif, mula mencari bomoh untuk mengubati Zara bersama Puan Salamah. Bomoh itu juga berkata perkara yang sama seperti mana Pak Dan iaitu sakit Zara berkaitan dengan Zarif dan hanya Zarif yang dapat sembuhkan Zara kerana dia juga yakin Zarif ketika itu tidak juga sedang terganggu Amna dan Zarif mula bertengkar kerana Amna mahu Zara sembuh.

Kedegilan Zarif membuatkan Amna marah dan mereka bergaduh besar malah Zarif tertekan. Zarif akhirnya akur kerana keadaan Zara yang makin tenat dan mereka tiada pilihan. Zarif kembali ke Sarawak tanpa dia sendiri tahu arah tujuannya. Dia hanya tahu yang dia perlu ke Stutong. Namun, apa yang tak disedari Zarif, bahaya dan cabaran besar sedang menantinya, suara pokok itu memanggilnya sepanjang perjalanannya dalam van, Zarif makin buntu dan terasa cuak. Dia sesak nafas.

Entah macamana, Zarif ditegur pemandu van yang membawa Zarif ketika itu, Apai Jimmy. Apai Jimmy tahu serba sedikit mengenai ilmu halus. Dia dapat merasakan yang Zarif terkena kuasa hitam dan kuasa hitam mengganggu kehidupan Zarif. Apai Jimmy mahu hulurkan bantuan. Dia memberikan nombornya untuk dihubungi. Zarif menerima acuh tak acuh.

Zarif berjumpa Ugai iaitu sahabat lamanya. Ugai biasa ke Kuala Lumpur namun Zarif tidak pernah melawat Ugai di Sarawak atas kesibukan kerjanya. Kedatangan Zarif mengejutkan Ugai. Zarif dimarahi kerana tidak memaklumkannya terlebih dahulu. Zarif meminta bantuan Ugai untuk membantunya menyelesaikan masalah Zara. Ugai perlu mencari Pawang untuk mengubati Zara dan dia juga mahu ke Stutong.

Zarif dibawa Ugai berjumpa Anai, iaitu abang iparnya. Kebetulan Anai tinggal di Kampung Stutong Baru. Ketika tinggal di rumah Anai, pelbagai kejadian aneh berlaku sehingga Zarif dibawa ke hutan berdekatan kerana mencari tangisan yang menganggu tidurnya. Di situ, Zarif terjumpa ‘pokok’ yang menggerunkan dan paling menyeramkan, di dalam pokok itu terdengar tangisan kanak-kanak. Dia lari pulang dan menceritakan kepada Anai dan Ugai. Anai buat tak endah.

Pada siang hari, Zarif pergi kepada pokok misteri itu bersama Ugai. Pokok itu kelihatan biasa dan tak ada yang meyeramkan. Namun, apabila Zarif mahu pulang, tak semena kaki Zarif terjerlus ke dalam tanah dan tersangkut di celah akar. Angin tiba-tiba dan pokok itu bergoyang kuat. Ranting kayu terpelanting ke arah mereka dan Ugai tak dapat menolong Zarif. Ugai bergegas pulang dan mahu meminta tolong Anai. Setelah Ugai pergi, satu ranting kayu yang besar terpelanting dan terkena kepala Zarif. Zarif pengsan. Dalam pandangan kabur, perlahan-lahan ingatan lampau 10 tahun dahulu kembali di minda sedarnya.

Apabila sedar Zarif mula teringatkan kisah berlaku antara dirinya dengan Anai dan Ungai yang pernah berlaku 10 tahun dahulu. Sejarah hitam dimana kerana mahu mendapatkan wang segera mereka menculik seorang kanak-kanak. Apakah cerita di sebalik kejadian tersebut dan adakah ianya punya kaitan dengan penyakit dihidapi Zara? Kesudahannya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Remaja Adaptasi Novel NANA NINI NUNU

PELANCARAN TIKET KONSERT BIGBANG 2015 WORLD TOUR MADE IN MALAYSIA