in , ,

Drama Bersiri Pertama TVS, HOPE FINDS LOVE Ditayangkan Pada 1 Jun Ini

Drama bersiri pertama TVS, Hope Finds Love bakal menghiasi layar TV pada 1 Jun 2021 (Selasa) jam 9.45 malam.

Diarahkan oleh Josh Nawan dan dihasilkan dalam dialek Sarawak tempatan, komedi romantis ini memaparkan kehidupan seharian empat sekawan dengan budaya dan latar belakang yang berbeza yang akan menghiburkan penonton dari semua peringkat usia.

Michelle Lungan membawa watak sebagai Hope, Azam Pitt sebagai Kimi, Samarinna Tolhip sebagai Regina dan Willy Alfred sebagai Benji, drama bersiri ini mengisahkan Hope, penulis novel romantik yang menyedari bahawa dia berkongsi nasib yang sama dengan watak-watak dalam novelnya. Hope memutuskan untuk menggunakan novel yang seterusnya untuk merubah semua cerita hidupnya.

Hope Finds Love

Menurut Josh Nawan, Pengarah Hope Finds Love, “Vian Media yakin dalam mengasah bakat baru dan membimbing mereka dengan sebaik mungkin. Kami ingin terus membimbing mereka agar mampu memimpin projek mereka yang sendiri di masa akan datang. Semoga lebih ramai bakat muda serta insan kreatif bakal dicungkil.”

Michelle Lungan, yang memainkan watak Hope berkata, “Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada drama bersiri Hope Finds Love, yang bukan sahaja memaparkan kisah yang menarik, tetapi turut menggambarkan keharmonian dan kepelbagaian bahasa masyarakat Sarawak.

Kimi, watak yang dimainkan oleh Azam Pitt menambah, “Sejujurnya saya jarang melakonkan watak sebegini kerana sebelum ini saya banyak melakonkan watak yang serius. Namun, Encik Josh Nawan selaku pengarah dan juga penulis skrip, telah memudahkan saya untuk menyampaikan watak ini dengan lebih baik.

Hope Finds Love

OST Hope Finds Love yang berjudul “Hey Hey” oleh Priwayat, sebuah kumpulan muzik yang baru mencipta nama sejak tahun lalu, mencipta gabungan melodi yang ceria dan lirik lagunya yang menarik selari dengan dinamik watak-watak dalam cerita ini. Lagu ini merupakan single pertama mereka yang dikeluarkan tahun ini dan bakal mengeluarkan album mereka pada akhir tahun ini.

Saksikan Hope Finds Love bermula pada 1 Jun 2021, Selasa, jam 9.45 malam di TVS, Saluran 122 Astro dan MYTV! ###

Hope Finds Love
Hope Finds Love

Mengenai TVS

TVS merupakan stesen TV pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri dan beroperasi di Sarawak. Membawakan kepada anda berita pelbagai berita dan kejadian yang berlaku di seluruh dunia dengan konsep baharu yang akan meningkatkan pengalaman tontonan anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf, Perjelas Kecuaian Staf

MPB Umum Pelantikan Pengurusan Kanan Rangkaian Radio RIPPLE