in , ,

Isu Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf, Perjelas Kecuaian Staf

Ibu kepada usahawan Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Storynya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang mempunyai akses ke akaun Instagramnya.

Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-katanya yang mengkritik sistem Raja Berpelembagaan di Instagram Storynya, hari ini.

Isu Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf, Perjelas Kecuaian Staf

Menerusi hantaran yang dibuatnya itu, Kartini menulis 

“Kalau perihatin suruh la agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!!”.

Ia seterusnya menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Isu Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf, Perjelas Kecuaian Staf

Susulan daripada itu, dia kemudiannya memadam hantaran berkenaan dan segera menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (IG Story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.”

– Noor Kartini

Ujar Kartini, dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Isu Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf, Perjelas Kecuaian Staf

Dia juga dalam pada itu turut memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan terhadap Istana Negeri Johor terutamanya kepada DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja.

Terdahulu, tular di media sosial Twitter apabila netizen beramai-ramai berkongsikan tangkap layar yang diambil akaun Instagram Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang berkongsi visual dari Instagram Stories Noor Kartini.

“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.

“Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya,”

Isu Selar Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Minta Maaf, Perjelas Kecuaian Staf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru Je Kena Pecat, Kini Tajuddin Disiasat SPRM, Ini Tuduhan Yang Dia Hadapi

Drama Bersiri Pertama TVS, HOPE FINDS LOVE Ditayangkan Pada 1 Jun Ini