in , ,

Drama Bersiri Ghost Lakonan Cheryl Samad Carmen Soo

Sebuah drama bersiri baru yang berunsurkan ciri-ciri kuasa ghaib dan seram berjudul Ghost akan memulakan tayangan perdananya di 8TV pada 3 Februari, jam 10.00 malam. Dipenuhi dengan unsur-unsur suspen dan misteri, drama bersiri terbaru ini bukanlah hanya sebuah drama Melayu yang tipikal. Ghost menjanjikan suatu dimensi baru kepada permintaan yang semakin bertambah terhadap drama-drama Melayu tempatan apabila ia merangkumi unsur-unsur misteri, perbalahan serta menyentuh elemen-elemen percintaan.

Drama bersiri ini memperkenalkan Cheryl Samad, bekas pengacara Malaysian Idol dan Nazruddin Rahman (pengacara The Breakfast Show) sebagai pelakon utama. Ghost turut dibintangi oleh penyanyi R&B, Reefa; model serta pelakon, Carmen Soo, Razif Hashim dan Nas-T yang pernah membintangi siri Gol & Gincu serta Kami.

Sinopsis drama Ghost
Ghost mengisahkan mengenai seorang wartawan yang bijak dan lantang bernama Eza (Cheryl Samad) yang cuba menyelesaikan sebuah misteri yang melibatkan kematian seorang pelakon filem terkenal yang juga merupakan bintang pujaannya.

Kehidupan Eza mula berubah apabila dia terjumpa Zack, pelakon filem yang amat diminatinya keluar dari sebuah hotel dalam keadaan sesat dan keliru.

Eza menawarkan Zack tempat tinggal. Perasaan teruja menyelamatkan bintang pujaannya tidak berpanjangan apabila dia mendapat tahu yang Zack sebenarnya sudah meninggal dunia. Mimpi ngeri Eza menjadi kenyataan apabila dia menyedari hanya dia seorang sahaja yang boleh melihat Zack!

Masa berlalu pantas, penonton dapat menyaksikan sebuah persahabatan  yang terjalin di antara si hidup dan si mati (Zack). Zack akhirnya mengetahui sebab dia dipertemukan  dengan Eza iaitu untuk mengetahui bagaimana dia mati dan untuk menyelesaikan masalah yang menjadi teka-teki ketika hayat beliau.

Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan di 8TV, Cik Airin Zainul kata:

“Ghost mempunyai segala ramuan dan potensi untuk menjadi salah sebuah drama popular di 8TV.  Kami yakin penonton akan terus terpaku di hadapan kaca tv apabila mula menyaksikan drama bersiri ini ditayangkan nanti. Para penonton akan dapat menyaksikan banyak plot imbasan kembali dan pelbagai drama berlaku apabila setiap karakter sentiasa membawa penonton kembali ke masa lampau dan juga masa kini. Saya mencadangkan agar para penonton merangka kembali aktiviti mereka dihujung minggu kerana kami yakin anda akan terpaku mengikuti drama bersiri Ghost ini.  Anda pasti tidak mahu terlepas menontonnya.”

Ghost pasti akan menjadi di antara program yang diminati ramai. Untuk mengetahui sama ada persahabatan antara Eza dan Zack akan membibitkan rasa cinta di antara mereka dan apa yang akan terjadi apabila Zack mengetahui perkara yang sebenar mengenai kematiannya, pastikan anda terus menonton drama bersiri baru Ghost ini pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 3 Februari hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro saluran 708 dan www.8tv.com.my

[tags]drama ghost, cerita hantu, ebook novel, pontianak child, mistik, alam ghaib, Cheryl Samad, Nazruddin Rahman, reefa, gossip Carmen Soo, Razif Hashim, Nas-T, pelakon kami, sinopsis, ending story, zackry[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mr Gambus Farid Ali Album

Review Finalis Top 24 Project Superstar 3 di 8TV