in , ,

Gambar Carmen Soo di Pelancaran Produk InnerShine RubyCollagen

Pada sebelah petang semalam (23 November 2012) telah berlangsung Pelancaran Produk Terbaru dari InnerShine iaitu RubyCollagen. Budiey turut hadir untuk buat liputan tentang events ini.

Selain Azura Zainal sebagai pengacara majlis, majlis ini sudah pasti tertumpu kepada seorang selebriti yang tengah hot kononnya dikaitkan dengan kisah gosip  tentang satu adegan ‘panas’ dalam filem yang dibintanginya, The Hunter yang mencetuskan kontroversi.

carmen_soo2

Ramai menjangka adegan tersebut dilakonkan oleh Carmen tetapi sebenarnya pelakon wanita itu ialah Tavani.

Oh ya, itu bukan saya. Pelakon wanita itu sebenarnya pelakon Taiwan dan pelakon lelaki itu pula pelakon Malaysia, Isaac Ong.

Seiring dengan produk yang menjadikan kulit kita muda dan cantik ini, InnerShine telah memperkenalkan seorang duta terbaru iaitu Carmen Soo atau nama sebenarnya Soo Wai Ming.\

The Hunter merupakan filem seram-thriller dalam format 3D pertama di Asia Tenggara dan diarahkan oleh Bjarne Wong yang pernah mengarahkan filem ‘Sayang You Can Dance’ pada tahun 2008. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada September lalu namun tayangannya ditangguh kerana masih lagi dalam proses post-produksi.

“Dua bulan lepas saya ada bertanyakan pada pengarah tentang filem ini dan saya diberitahu ianya masih dalam proses post-produksi. Saya difahamkan disebabkan filem itu dalam format 3D jadi ia memakan masa yang lama untuk disiapkan. Ini juga merupakan filem 3D pertama saya.”

“Dalam filem itu saya berlakon sebagai pengarah yang datang ke satu kepulauan bersama produksi saya untuk membuat dokumentari. Satu filem yang mencabar tetapi memberi pengalaman yang menarik pada saya. Kami menjalani pengambaran di kawasan pedalaman di sekitar Borneo. Kami juga menjalani penggambaran dalam hutan dan ketika itu pula musim hujan. Jadi bayangkan saja bertapa kami terpaksa menahan sejuk, nyamuk dan kami terpaksa pakai baju basah”, ujar Carmen berkongsi pengalamannya menjayakan filem yang turut dibarisi pelakon seperti Sharifah Amani, Lou Qi, Cindy Chen, Soo Wincci, Smythe Wong dan Wayne Thong.

Carmen Soo Duta InnerShine

Menyentuh tentang produk InnerShine, Carmen Soo bersetuju dengan kajian yang mengatakan rata-rata yang menggunakan produk ini selama 30 hari mengatakan selepas menggunakannya, kulit brtambah halus, cerah bermaya dan tak perlu pakai solekan lagi. Ini kerana Carmen Soo sendiri pun telah menggunakannya.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru wanita kelahiran Ipoh Perak ini memberitahu karier lakonannya di Filipina dan Singapura kini semakin berkembang.

“Saya baru selesai jalani penggambaran filem Ghost Child di Singapura dan akan ditayangkan pada tahun depan. Selain, satu lagi filem berjudul Dead Mind yang akan ditayangkan di saluran HBO Asia”,

– Carmen Soo

Meskipun penat berulang-alik Singapura-Kuala Lumpur-Filipina tetapi kata Carmen pengorbanannya berbaloi apabila dia semakin dikenali dan menerima banyak tawaran berlakon filem di dua negara itu. Pun begitu dia belum berasa selesa dengan pencapaiannya kini malahan diakui banyak lagi yang perlu dipertingkatkan.

“Orang banyak berkata kepada saya bertapa bertuahnya saya dapat berlakon di Filipina. Tetapi hakikatnya saya sangat berusaha keras untuk menempatkan nama di sana. Jadual saya sangat padat. Sampaikan pernah saya dimasukkan ke hospital selamat empat hari kerana terlalu letih.

“Di Filipina cara kerjanya berbeza. Misalnya untuk penggambaran, hanya tiga hari dalam semiggu tetapi sekali penggambaran mengambil masa selama 24 jam di set lokasi. Kalau tidak ada penggambaran, saya akan mengacarakan program TV, menghadiri sesi fotografi, sesi temubual dan sebagainya. Dari segi komunikasi, saya pada awalnya memang sukar tetapi lama-kelamaan saya boleh berbahasa tagalog walaupun tidak terlalu fasih tapi saya faham apa yang dibualkan.

– Carmen Soo

[dropcap]W[/dropcap]alaupun sudah hampir empat tahun mencipta kerjaya di Filipina namun Carmen berkata dia tidak merasakan dirinya banyak sudah bagus kerana banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi mutu lakonannya dan keran itu juga dia harus bersikap memilih.

“Saya bukanlah seperti Julia Robert. Saya belum rasa yang saya ni betul-betul bertaraf antarabangsa. Saya cuma mencari peluang sebanyak mungkin di luar negara. Diakui saya agak memilih dalam menerima tawaran berlakon.

“Di Malaysia bukan tidak ada tawaran cuma buat masa ini saya tidak mengambil sebarang tawaran di sini kerana watak yang diberi kurang sesuai. Kalau di luar setakat ini saya rasa peluang untuk saya pelbagaikan watak lebih senang. Di singapura saya diberi peluang berlakon filem thriller.

Kalau di Filipina saya pernah mainkan watak antagonis juga watak yang memerlukan saya bermain dengan emosi. Baru-baru ni saya sebagai cameo dalam filem Alagwa (Breakaway). Filem tersebut diterajui oleh Jericho Rosales “,

– Carmen Soo

Di bawah ini adalah gambar Carmen Soo yang Budiey ambil sepanjang majlis. Sangat cantik dan dia sweet.

Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine
Carmen Soo Duta InnerShine

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Songlap Kini Ditayangkan Di Eropah Dan Amerika Syarikat

Jom Download Aplikasi Dragon Dictation Sekarang & Menangi Ganjaran Lumayan