in , ,

Lelaki Video Panas Itu Bukan Hun Haqeem! Bukti Dirakam, Penyebar Sudah Diketahui

Kontroversi mengenai penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang pelakon yang semakin meningkat naik menerusi drama Kampung People, Hun Haqeem ataupun Jekfer sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya.

Hun Haqeem menyerahkan isu video ‘panas’ yang tersebar sejak minggu lalu kepada syarikat pengurusan, Metrowealth International Group (MIG) untuk diselesaikan.

Enggan memanjangkan cerita sensasi itu, Hun mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni terutama komitmen di lokasi penggambaran sekarang.

“Saya serahkan segala-segalanya kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar video terbabit.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan sedang melunaskan baki penggambaran drama Angkara Cinta.

“Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuk teman wartawan kerana mengambil pendekatan berdiam diri ketika kontroversi video itu tercetus,”

– David Teo
Hun Haqeem 2

Hun mengulas kontroversi tercetus apabila video yang memaparkan wajah pelaku yang dikatakan mirip pelakon drama popular, Kampung People itu melakukan aksi tidak senonoh, viral, di laman sosial.

Semalam, MIG memuat naik video durasi dua minit memaparkan Pengarah Urusannya, David Teo memberi amaran mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video terbabit.

Percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy optimis mahu terus mengukuhkan namanya di persada seni.

Sementara itu, Teo berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penyebar video terbabit dan memandang serius perbuatan menyebarkan rakaman seumpama itu.

David turut memberi amaran kepada individu terlibat dengan penyebaran itu untuk take down posting berkaitan atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Banyak artikel, video dan foto disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain.

“Saya sudah berunding dengan peguam dan kami sudah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu membabitkan Hun.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang terbabit dan semua bukti sudah dirakam.

“Saya harap sesiapa yang menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,”

– David Teo

Sebelum mengakhiri video penjelasan yang dimuat naik di Youtube Metrowealth itu, David sempat memberikan pantun berpesan supaya netizen menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah.

“Hari ini sangat cerah,
Duduk di rumah tiada arah,
Kebijaksanaan adalah anugerah,
Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”

– David Teo
Hun Haqeem

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vivy Yusof Akui Banyak Kesilapan, Ini Impian Baru Selepas 10 Tahun Berniaga

Dr Noor Hisham Buat Special Cameo, Bergabung dengan BoboiBoy Melawan COVID-19