in

Dokumentari Khas Nadi Rakyat Jauhari Yang Mengenal Bangsa

13 Episod Dokumentari Khas : Nadi Rakyat ‘Jauhari Yang Mengenal Bangsa’ Di TV1

Diterbitkan sebagai sebuah ‘medium’ untuk kempen Pilihanraya Umum PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah program dokumentari khas bertajuk Nadi Rakyat ‘Jauhari Yang Mengenal Bangsa’ sepanjang bulan ini mulai 11 Februari, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4.00 petang (kecuali episod pengenalan dan episod dua disiarkan jam 6.00 petang) menerusi saluran TV1.

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat diterbitkan bagi mencetuskan ‘kesedaran’ dikalangan pelbagai golongan masyarakat dari segenap lapisan umur dan kelas kehidupan, akan kepentingan memelihara kestabilan dan keharmonian Negara yang hanya akan diperolehi melalui kejayaan Barisan Nasional khususnya UMNO yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan barisan pendokongnya.

13 episod Nadi Rakyat berkongsi memaparkan jasa dan kebaktian serta kewibawaan kepimpinan Barisan Nasional yang telah diterajui oleh Enam Perdana Menteri bermula dari era sebelum merdeka sehinggalah kini iaitu Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia), Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein (Bapa Pembangunan), Tun Hussein bin Dato’ Onn (Bapa Perpaduan), Tun Dr. Mahathir bin Mohamed (Bapa Pemodenan), Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan) dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tiap pelaksanaan yang telah dijayakan oleh mereka bersama barisan menteri, kementerian dan agensi, penggiat politik pro-kerajaan, jawatankuasa dan ahli parti serta yang lainnya akan dipaparkan kepada penonton dapat menatap dan menilai sendiri akan kredibiliti kepimpinan yang dimiliki oleh jauhari bangsa ini.

Menariknya paparan mengenai segala yang dilalui oleh pemimpin kita ini akan ‘digambarkan’ dengan beberapa temubual. Malah segala bentuk informasi dan visual paparan disampaikan secara langsung dan mudah untuk difahami.

Fokus paparan lebih memberi penekanan kepada beberapa segmentasi merangkumi latar kehidupan ringkas yang menyangkuti kehidupan peribadi, keluarga, zaman pengajian dan kehidupan lampau sebelum menjadi Perdana Menteri dan sebagainya. Turut dikongsi paparan sebenar kemajuan dan pelaksanaan pembangunan yang telah dilaksanakan keenam-enam Perdana Menteri sepanjang mereka menerajui negara merangkumi kemajuan di kota, pinggir bandar mahupun di desa dan di pendalaman.

Turut diketengahkan testimoni dari kejayaan yang dicapai oleh kalangan Korporat, Ahli Perniagaan, GLC, IKS dan sebagainya. Malah beberapa babak dan peristiwa penting akan dilakonkan semula selain krew penerbitan menjelajah kesegenap pelosok negara merakamkan segala bentuk testimoni kejayaan oleh pihak kerajaan dari aspek pembangunan desa dan Bandar, pendidikan persekolahan dan pengajian tinggi, keusahawanan dan perindustrian, prasarana dan infrastruktur negara, perekonomian dan kewangan, pertanian dan asas agro, perladangan, FELDA dan pelaksanaan oleh pihak kementerian dan agensinya.

Tontoni dokumentari khas ini hanya di TV1.

Program Nadi Rakyat Foto

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarah Brightman Bio

2013 Grammy Nominations The Full List