in

Doktor Amerika Ini Seru Orang Ramai Kongsi Cerita Malaysia Tangani Wabak Kepada Dunia

Seorang pencipta konten bernama Dustin Pfundheller telah meminta agar semua pengikutnya untuk menyebarkan cerita tentang Malaysia di dalam memerangi virus cov-I9 ke seluruh dunia.

Ini kerana beliau merasakan cerita Malaysia memerangi wabak itu wajar ditularkan agar membantu dan memberikan kesedaran kepada negara lain.

Dustin Pfundheller yang dipercayai merupakan seorang doktor gigi kelahiran Amerika telah menghasilkan satu video ringkas menceritakan bagaimana Malaysia berjaya mengekang penularan wabak covI9 berbanding negara lain di Asia Tenggara.

Beliau memuat naik video itu di laman Other Side Of Truth.

Dustin Pfundheller menerusi videonya berkata, video itu dihasilkan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai kehebatan Malaysia menangani pandemik CovI9 yang tidak begitu dilaporkan media massa di seluruh dunia.

Selama ini banyak media bercerita tentang negara seperti Korea Selatan dalam menangani isu pandemik. Namun hampir tiada yang menyentuh tentang Malaysia.

Beliau berkata: “Ini adalah cerita mengenai sebuah negara di Asia Tenggara yang sering kali tidak diberi perhatian, Malaysia.”

“Mac lalu, Malaysia mencatatkan jumlah kes sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding semua negara lain di Asia Tenggara. Virus CovI9 berada di setiap negeri dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia.”

“Namun, apa yang menyedihkan adalah jangkitan bukanlah merebak melalui aktiviti hiburan atau rakyatnya berkelakuan teruk sebaliknya menerusi perhimpunan keagamaan.”

“Ketika itu, rakyat Malaysia yang terbabit tidak sedar mereka sedang menyebarkan virus Cov-I9 dan kerajaan bekerja keras menangani krisis yang melanda.”

Pfundheller memuji langkah kerajaan yang segera mememerintahkan PKP/MCO termasuk melakukan sekatan jalan raya, larangan penganjuran majlis keramaian, penutupan sekolah dan mengarahkan perniagaan sektor bukan keperluan ditutup serta-merta.

Beliau turut menggariskan langkah proaktif yang terus diambil termasuk melanjutkan tempoh PKP serta pengenalan PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Semua jenis perniagaan ditutup, jalan disekat, tiada sesiapa dibenarkan keluar dan masuk apa lagi meninggalkan kediaman masing-masing.”

“Tetapi jangan risau kerana penduduk di kawasan yang terbabit dibekalkan makanan dan penjagaan kesihatan sewajarnya, dan jumlah kes jangkitan Cov-I9 di Malaysia mulai turun,” katanya.

Selepas langkah pro aktif itu, Malaysia mulai menunjukkan penurunan yang ketara. Dan pada 14 April lalu, jumlah kes jangkitan wabak di Filipina mula mengatasi Malaysia. Ini disusuli Indonesia pada hari berikutnya dan Singapura dua hari selepas itu.

Sedangkan Singapura memiliki populasi 5 kali lebih kecil berbanding Malaysia, tegas Pfundheller.

“Singapura adalah negara yang jauh lebih kecil berbanding Malaysia dengan populasi lima kali lebih kecil namun kini ia (Singapura) merekodkan 15 kali ganda bagi jumlah kes jangkitan berbanding Malaysia.

“Malaysia adalah contoh terbaik bahawa kita semua boleh menangani wabak ini,” katanya.

“Hampir tiada media bercakap mengenai hal ini. Saya sendiri rasa bersalah apabila menghasilkan video mengenai 15 negara terbaik menangani Cov-I9 tanpa menyenaraikan Malaysia sebelum ini.”

“Sejurus kita sedar pada suatu masa mereka (Malaysia) pernah berada pada angka tiga kali ganda lebih teruk berbanding semua negara di Asia Tenggara dan sekarang mereka adalah antara yang terbaik, cerita mengagumkan ini perlu dikongsi,” katanya.

Video tersebut telah mendapat perhatian daripada ramai pihak yang baru sedar dan kagum dengan Malaysia di dalam berhadapan dengan krisis kesihatan global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noor Hisham Abdullah | 18

Sasar Angka 1 Digit Kes Positif Baru Dalam Masa Seminggu Dua Akan Datang

Jung Joon Won Married | 19

Jung Joon Won Pelakon THE WORLD OF THE MARRIED Dikritik Warganet