in , ,

Khairy Jamaluddin Diam-Diam Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang Jadi Viral

Hari ini, viral di media sosial apabila Khairy Jamaluddin atau KJ pakai baju biasa tanpa kehadiran ramai pengiring telah ‘menyerbu’ buat spot check di Hospital Kajang pada hari Sabtu semata-mata untuk melihat keadaan sebenar di hospital tersebut.

Foto-foto ketika beliau berada di hospital itu telah tular di media sosial dan difahamkan beliau hanya membawa seorang sahaja pegawai untuk mengiringinya.

Tanpa sebarang protokol rasmi, KJ dilihat menyapa doktor, jururawat dan petugas kesihatan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi sekarang ini. Datang pula pada cuti hujung minggu, para netizen mengesyaki bahawa ketibaannya itu pasti tidak diketahui oleh pihak atasan atau top management hospital itu.

Rata-rata netizen memuji tindakan Khairy Jamaluddin yang sanggup turun melihat sendiri keadaan di hospital tanpa protokol. Netizen juga mengatakan bahawa lawatan mengejut seperti itu perlu dilakukan bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku di hospital negara ini.

Sementara itu, seorang pegawai Khairy memberitahu BH lawatan berkenaan memang tidak dirancang dan Menteri Kesihatan itu yang kebetulan ada kelapangan mahu bertemu sendiri petugas kesihatan untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan. 

“Ini yg sepatutnya, bukannya kena bagitahu seminggu awal..dah satu hal kena buat majlis sambutan bagai. Staf hospital banyak lagi kerja lain nak buat,” kata Emman.

“Menteri Kesihatan paling terbaik @Khairykj. Terkejut bila tiba-tiba datang sapa suami saya,” kata Aina.

“Terbaik, rasanya inilah pendekatan yang sangat bagus. Menteri turun sendiri, tak perlu sambutan dan tengok masalah di bawah,” kata Laddy Crystal.

“Bagus semua kementerian buat macam ni. Datang mengejut tak payah ramai-ramai. Baru nampak flow apa yang kau nak tengok. Bukan cover-cover bila rasmi,” kata Hafiz.

Khairy Jamaluddin Diam-Diam Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang Jadi Viral

Sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin dilihat antara yang paling menyerlah dalam menangani pandemik Covid-19. Program vaksinasi juga berjalan dengan baik dan pastinya mendapat pujian daripada sesetengah rakyat.

Syabas KJ! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Doakan Abil Juga Tau” – Nabila Huda Teringin Menimang Cahaya Mata Kedua

Berjaya Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Ronny Chieng Akui Masih Setia Pada Malaysia