in , ,

DJ Lin Hadir Di Persidangan Radio Eropah 2022, Janji Mantapkan Suria FM

Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi pada Persidangan Radio Eropah 2022 di Malmo Massan, Sweden akan diaplikasikan bagi mengukuhkan kedudukan stesen Suria FM.

Itulah janji yang dibuat DJ Lin yang mengakui teruja dalam menimba pelbagai ilmu daripada pencinta radio dan mereka yang aktif dalam bidang tersebut dari serata pelosok dunia.

“Segala info, ilmu dan pengalaman yang diperolehi menerusi tiga hari persidangan ini akan saya gunakan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi stesen radio Suria FM dari semasa ke semasa.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai Persidangan Radio di luar negara sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam industri radio di Malaysia,”

– DJ Lin

Pelbagai pengisian dalam  bentuk bual bicara/ perkongsian pengalaman berkenaan isu-isu yang berkaitan dunia Radio dibincangkan sepanjang tiga hari Persidangan Radio Eropah 2022 yang berlangsung dari 15 Mei sehingga 17 Mei bertempat di MALMO MASSAN, Malmo Sweden.

Antara topik yang dikongsikan, banyak perkara yang dapat ditimba semasa persidangan ini. Antaranya, isi kandungan podcast, audio, cabaran pencarian bakat, talent dalam dunia radio, transformasi Digital. perjalanan dari Radio ke Pusat Kuasa Audio Digital, Respons pantas radio semasa krisis, bagaimana untuk merekrut bakat baru, Spotify: Penstriman masa depan

DJ Lin Hadir Di Persidangan Radio Eropah 2022, Janji Mantapkan Suria FM

Bagaimana untuk menjadi penyampai radio yang lebih baik, bagaimana merapatkan jurang siaran radio & digital, bagaimana membina aplikasi audio terbaik, Kombinasi pemenang AI, data dan audio, Kebangkitan drama audio, Strategi digital pada aplikasi audio, Kuasa radio : banyak suara, satu mesej & masa depan Radio dan Teknologi baharu yang hebat untuk radio.

Persidangan ini menghimpunkan ramai penggiat/ pengamal/peneraju industri radio dari seluruh dunia.

“Kak Lin rasa bersyukur dan sangat gembira dapat menyertai Persidangan Radio Eropah 2022 di Makmo Sweden ini.

Ini merupakan satu peluang keemasan dan Kak Lin berasa sangat teruja untuk Kak Lin kerana selain dapat menimba ilmu serta pengalaman baru berkenaan perkembangan dunia radio pada masa kini dan juga tentang masa depan dunia radio itu sendiri,

Kak Lin juga dapat berkenalan dengan ramai pencinta dunia radio yang mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia radio yang datang dari pelbagai latar belakang, jawatan dan negara.

Pastinya ia sesuatu yang sangat menarik kerana antara kami ada banyak persamaan, jadi perbualan bertambah menarik dan sangat informatif,”

– DJ Lin

Segala info, ilmu serta pengalaman yang diperolehi menerusi tiga hari persidangan radio eropah 2022 ini akan Kak Lin gunakan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi stesen radio Suria FM dari masa ke semasa

Ini merupakan kali pertama DJ Lin yang juga merupakan Pengurus besar, Suria Fm menyertai Persidangan Radio di luar negara sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam Industri radio di Malaysia.

Kak lin akan berada selama 10 hari diluar negara termasuk Sweeden, Denmark, London & Paris

DJ Lin akan balik ke Malaysia pada 24 Mei nanti.

Tambah DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM, antara fokus utama dalam persidangan tersebut ialah perkembangan radio digital serta usaha menarik golongan muda untuk mendengar radio.

Ujarnya, pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara serta perkongsian pengalaman berkenaan isu berkaitan dunia radio dikupas selain kebangkitan drama audio serta podcast turut menjadi topik yang diberikan perhatian dalam persidangan berkenaan.

“Jujurnya saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyertai Persidangan Radio Eropah 2022 di Makmo Sweden ini.

“Ini merupakan satu peluang keemasan dan saya rasa sangat teruja terpilih untuk menyertainya. Selain dapat menimba ilmu serta pengalaman baru berkenaan perkembangan dunia radio pada masa kini, kita juga didedahkan tentang masa depan dunia radio itu sendiri,” ujarnya.

– DJ Lin

Pada masa sama, ibu tunggal kepada dua cahaya mata kelahiran Johor Bahru, Johor ini turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melawat empat buah negara iaitu Denmark, Sweden, Britain dan Perancis selama 10 hari.

“Saya hanya pernah ke luar negara bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012. Selepas itu dah tiada nak kemana-mana sebab sibuk dengan kerja.

“Tak sangka pula dah 23 tahun dalam dunia radio, saya dapat pergi empat negara dalam satu masa. Ini betul-betul rezeki terpijak orang kata,”

– DJ Lin

Sekadar info, DJ Lin akan berada selama 10 hari di luar negara termasuk Sweeden, Denmark, London dan Paris serta dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Mei nanti. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Hadiahkan Sejadah Harga RM2,500 Pada Mama Kartini

Syazwan Zulkifly

Slot Drama TV9 Bersiaran Selama Dua Jam Bermula 19 Mei 2022