in , ,

Slot Drama TV9 Bersiaran Selama Dua Jam Bermula 19 Mei 2022

TV9 menggandakan keseronokan menonton drama apabila peminat drama bakal menikmati dua drama bersiri baharu yang bersiaran selama dua jam menerusi Ada Apa Dengan Saka lakonan Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir di slot Diandra pada setiap hari Khamis, pukul 8.30 malam dan Air Mata Allisya gandingan hebat Keith Foo dan Sophia Albarakbah pada setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam.

Ada Apa Dengan Saka terbitan Saphire Screen Sdn Bhd merupakan drama bersiri 20 episod yang diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip oleh Farhana Fauri dan MF Kencana. Ia mengisahkan Aina (Shiha Zikir) dan Madi (Syazwan Zulkifly) yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina.

Slot Drama TV9 Bersiaran Selama Dua Jam Bermula 19 Mei 2022

Aina terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta. Madi bertekad untuk membantu Aina pulih dari masalah yang Aina hadapi. Pada masa yang sama, Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib. 

Drama bersiri 15 episod Air Mata Allisya yang diadaptasi daripada novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi bakal menemui penonton TV9 pada setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam dan bersiaran selama dua jam. Diterbitkan oleh Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan nukilan skrip oleh Haida Mazni Mohammad, Air Mata Allisya mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. 

Air Mata Alisya(Poster)

Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati. 

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kedua-dua drama tersebut yang bersiaran selama dua jam bermula 19 Mei 2022 iaitu Ada Apa Dengan Saka menerusi slot Diandra, setiap hari Khamis, pukul 8.30 malam dan Air Mata Allisya pada setiap Jumaat, pukul 8.30 malam. 

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV9, layari Facebook rasmi (@TV9 Dihatiku), Instagram (@TV9Malaysia), saluran YouTube (@TV9Malaysia Official), atau tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Lin Hadir Di Persidangan Radio Eropah 2022, Janji Mantapkan Suria FM

Penampilan Istimewa Watak Mobile Legends Di Tin Minuman Nescafe