in , ,

Neelofa Hadiahkan Sejadah Harga RM2,500 Pada Mama Kartini

Ramai yang suka melihat keakraban selebriti terkenal, Neelofa dan ibunya Datin Noor Kartini. Malah, mereka juga tidak lokek berkongsikan momen bersama di media sosial.

Baru-baru ini, menerusi IG Live peminat bertanyakan sama ada Kartini pernah pukul anak-anak atau tidak. Noor Kartini menjawab dia tidak pernah berbuat demikian.

“Tak pernah la. Sayang anak macam mana nak pukul,”

– KARTINI

Malah, Neelofa berkata dia juga tidak pernah melihat ibunya mengangkat tangan kepada anak-anak termasuk dirinya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata meskipun sibuk dengan perniagaan namun ibunya tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anak.

“Sepanjang ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Dan saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun.

“Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework, tanya perkembangan sekolah.

“Saya ingat lagi masa darjah tiga dan hari itu ada ujian. Sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah dalam kereta tu, mama suruh ikut (baca) zikir penerang hati. Baca banyak kali,”

– Neelofa

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Kartini ada berkongsikan menerima hadiah sejadah daripada Neelofa.

Neelofa berkata sejadah tersebut dibeli sewaktu pertama kali menunaikan umrah pada 2012 dan ibunya masih menggunakan sejadah berkenaan sehingga kini.

“Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi.. Sejadah itu harga RM2500 dan sangat berat.

“Gigih nak bawa balik untuk mama saya hand carry (naik kapal terbang). Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2500 rasa mahal sangat.

“Tapi saya fikir kalau bagi kat mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat kat saya. Sampai ke hari ini, mama masih guna..masih ada dalam bilik tidur,”

– Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 4 | 22

Separuh Tiket Konsert Anuar & Ziana Zain Laris Terjual Dalam Masa 3 Jam

Dj Lin | 23

DJ Lin Hadir Di Persidangan Radio Eropah 2022, Janji Mantapkan Suria FM