in , , ,

Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

Selepas beberapa kali berdepan kontroversi, termasuk gambar panasSelepas beberapa kali berdepan kontroversi, termasuk gambar panasnya bersama seorang gadis tersebar di laman sosial, Aliff Aziz akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.nya bersama seorang gadis tersebar di laman sosial, Aliff Aziz akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Sepanjang prosiding berlangsung, pelakon dan penyanyi yang dilihat menangis itu turut bersalaman dengan Bella sebelum melafazkan cerai pada jam 3.45 petang.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lalu adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984, iaitu perceraian secara baik.

Babak Sedih Selepas Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Talak Satu

Bella, 25, yang berjubah hitam diwakili peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf, manakala Aliff, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz tidak diwakili peguam.

Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sijil nikah mereka dibatalkan.

Izzat mengarahkan defendan (Aliff Aziz) supaya membayar nafkah kepada anak tunggal mereka berusia dua tahun sebanyak RM1,000 setiap bulan ke akaun bank milik Bella bermula Mei ini.

Beliau turut memberi peringatan supaya pasangan itu memberi perhatian kepada anak mereka, Muhammad Ayden, dua tahun.

Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Talak Satu

“Kamu sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Kamu perlu beri perhatian kepada anak itu. Jangan sebut keburukan masing-masing di hadapan anak,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal Izzat alasan bercerai, Bella memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka dan tidak tinggal bersama lebih tiga bulan lalu.

“Alasan lain kerana suami curang dan saya mempunyai bukti seperti gambar dan video,” katanya.

Aliff yang berkemeja hitam mengangguk dan bersetuju selepas ditanya Izzat berhubung nafkah dan persetujuannya untuk bercerai.

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 itu dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu kembali hangat apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular baru-baru ini.

Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Difahamkan, gambar yang dipercayai dirakamkan Nismel itu disebarkan rakan baiknya yang dikenali sebagai Manja ekoran perselisihan faham mengenai hutang.

Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook hari ini dan mendakwa ia adalah gambar lama.

Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Sebar Kuman, Che Ta Minta Doktor Semak Fakta

Imej Botak & Kesan Luka di Kepala Aliff Aziz Jadi Tanda Tanya Netizen