in ,

“Tiada Bodyguard, Tiada Gaji” Bekas Menteri Wilayah Kini Sukarelawan Prihatin

Semalam, Perdana Menteri Malaysia ke-8 mengumumkan perletakkan jawatan beliau, dan sekaligus terbubarnya kabinet menteri yang sedia ada.

Hari ini, tampil bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan sebuah hantaran di Twitter yang ‘sedih’ dengan kapsyen, “Tiada lagi pemandu, tiada lagi pengawal peribadi, tiada lagi gaji, ke semua yang ada sebelum ini hanyalah pinjaman.. Seterusnya? Berkhidmat untuk rakyat seperti biasa. Saya telah mendaftar sebagai sukarelawan Prihatin. Saya akan terus membantu golongan miskin, gelandangan, dan mereka yang memerlukan, Esok saya mula Insyaallah.” 

"Tiada Bodyguard, Tiada Gaji" Bekas Menteri Wilayah Kini Sukarelawan Prihatin

Gaji Ahli Parlimen Bukan Gaji?

Hantaran tersebut telah mendapat reaksi netizen, dan ramai yang hampa dengan hantaran tersebut dan mempersoalkan elaun beliau yang berkhidmat sebagai seorang Ahli Parlimen Ketereh, bukankah itu gaji juga?

No more gaji???

YB masih lagi Ahli Parlimen Ketereh. Masih lagi dapat gaji Ahli Parlimen.

Cuma tak dapat gaji Menteri Wilayah je kan?

Ade rakyat langsung takde gaji hilang kerja angkara #KerajaanGagal

– Haziq Mazlan (@haziqwerty) August 16, 2021

Ada yang turut berpendapat bahawa Annuar sepatutnya pulang ke Ketereh untuk berkhidmat di sana, kerana Wilayah Persekutuan turut tersedia dengan Ahli Parlimen yang tersendiri. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johnny Depp Terus Menjadi Pilihan Jenama Harumah Dior Sauvage

Disney+ Hotstar Bakal Siar Filem Komedi HOME SWEET HOME ALONE