in , ,

Disney+ Hotstar Dilancarkan Di Malaysia pada 1 Jun, Senarai Filem Menarik Untuk Ditonton

Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan akan menampilkan lebih 800 filem dan 18,000 episod, termasuk filem “blockbuster” dan siri Marvel, filem-filem kegemaran Disney, Disney + Originals, serta filem-filem tempatan dan Asia paling popular

Syarikat Walt Disney mengumumkan perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan Disney+ Hotstar yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021. Penonton kini mempunyai satu lagi cara untuk menikmati kandungan menarik daripada jenama-jenama hiburan yang paling ikonik di bawah Syarikat Walt Disney, termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda, serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung — semuanya menerusi satu platform tunggal.

Disney+ Hotstar Malaysia Start Streaming 1 June

Pengguna boleh membuat langganan terus dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan, atau melalui pakej khas dengan Astro

Pengguna boleh melanggan Disney+ Hotstar secara terus dengan harga RM54.90 untuk setiap tiga bulan, atau melalui pakej khas dengan Astro bagi menikmati akses kepada koleksi kandungan yang begitu luas.

Pelanggan berpeluang menikmati Disney + Originals, seperti The Mandalorian dan High School Musical: The Musical: The Series, serta WandaVisionThe Falcon and The Winter Soldier dan Loki daripada Marvel Studios. Barisan rancangan ini merupakan tambahan kepada siaran “blockbuster” dan barisan kandungan terbaharu, termasuk Avengers: EndgameAvengers: Infinity War dan Black Panther daripada Marvel Studios; adaptasi aksi langsung Disney – Mulan, Maleficent: Mistress of Evil, The Lion KingAladdin dan Beauty and the Beast; animasi-animasi Disney popular – Frozen 1 dan 2, Moana dan Big Hero 6, serta SoulCoco, The Incredibles 2 dan Finding Dory daripada Disney dan Pixar. Selain itu, turut disajikan adalah katalog siri dan filem hiburan umum yang hebat seperti Nomadland, The Walking Dead, Jojo Rabbit, Criminal Minds, Fresh off the Boat, The SimpsonsGrey’s Anatomy9-1-1 dan banyak lagi.

Ahmad Izham Omar and Nazrudin Rahman

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar telah memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan studio-studio tanah air yang terkemuka seperti Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan sebagainya.

Perjanjian berkenaan bermaksud Disney+ Hotstar akan menjadi platform eksklusif bagi beberapa filem “blockbuster” Malaysia yang paling dinanti-nantikan – yang akan melangkau pawagam dan dilancarkan terus melalui perkhidmatan penstriman seperti filem  J2: J Retribusi, iaitu sekuel “blockbuster” J Revolusi penuh aksi yang dibintangi Zul Ariffin, Ashraf Sinclair dan Amelia Henderson, Zombitopia yang dibintangi Shaheizy Sam, Bront Palarae dan Sharifah Amani, serta Ada Hantu yang dibintangi Hairul Azreen. Ejen Ali The Movie 2 juga akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar selepas tayangan perdana di pawagam.

Disney+ Hotstar Malaysia

Di samping itu, siri drama masa perdana tempatan daripada TV3 seperti Single Terlalu Lama dan Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan ditayangkan terlebih dahulu di Disney+ Hotstar pada pukul 7 pagi pada hari yang sama dengan siaran langsungnya. Dengan ini, penggemar drama dapat menonton siri tempatan kegemaran mereka menerusi platform ini sehingga 15 jam sebelum siaran di platform lain.

Selain itu, beberapa filem Malaysia yang paling ikonik dan terunggul, termasuk J Revolusi, Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang!, francais filem Rock(Rock, Rock Oo!, Rock Bro! dan Rock 4: Rockers Never Dai), Talentime, Mukhsin, The Kid From The Big Apple 2, Vedigundu Pasangge, Evolusi KL Drift 1 & 2, KL Gangster 1 & 2Gol & Gincu 1 & 2Guang, Redha and Roh, akan disajikan menerusi Disney+ Hotstar.

Ahmad Izham Omar, Executive Director of Content _ Creative, Disney+ Hotstar, Southeast Asia

Bagi penonton yang gemar menonton cerita bersiri terus menerus dalam satu masa, terdapat siri-siri yang menampilkan barisan bintang tersohor seperti Wifi Sebelah Rumah (menampilkan Zul Ariffin dan Ruhainies) dan Semanis Senyumanmu (menampilkan Daiyan Trisha dan Aiman Hakim Ridza).

Kanak-kanak dan seisi keluarga dapat menikmati siri hebat seperti Ejen Ali, lebih 10 musim Upin & Ipin, Club Mickey MouseT.O.T.SAlif & Sofia, Wizards of Warna Walk dan Spider-Man daripada Marvel, manakala peminat kandungan Asia dapat menantikan filem dan siri popular dari seluruh rantau ini, seperti Infernal Affairs, Ip Man 4 The FinaleThe Deer and the Cauldron, The Legend of Haolan, Pandian Stores and Vishwaroopam 2, serta kandungan eksklusif seperti The Silent Forest, Dil Bechara dan Live Telecast.

Device Image

Pengurus Besar, Syarikat Walt Disney Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, David Shin,  berkata, “Pelancaran Disney+ Hotstar di Malaysia menerusi kerjasama dengan Astro, merupakan pencapaian bermakna bagi kami, ketika kami terus melebarkan sayap di Asia Tenggara untuk membawa tawaran hiburan yang mengujakan kepada pengguna di rantau ini. Rakyat Malaysia bukan sahaja mempunyai ketersambungan yang baik tetapi juga celik teknologi dan mereka merupakan antara peminat Disney yang paling besar di rantau ini. Kami sangat teruja dapat menyampaikan pelbagai kandungan untuk segenap lapisan umur menerusi platform bertaraf dunia kami, yang merangkumi program-program terulung daripada pelbagai genre oleh jenama Disney.”

Pengarah Eksekutif Kandungan & Kreatif, Disney+ Hotstar, Asia Tenggara, Ahmad Izham Omar berkongsi, “Selain dapat membawa kandungan jenama Disney yang hebat dari seluruh dunia, kami amat berbesar hati untuk berganding tangan dengan studio-studio dan para pencipta untuk membawa kisah-kisah tempatan ke Disney+ Hotstar, sekaligus memacu pertumbuhan komuniti kreatif kami. Menerusi Disney+ Hotstar, kami berharap dapat terus memberikan sokongan padu kepada kandungan buatan Malaysia, dan menyerlahkan daya tarikan mengenai kisah-kisah, para pembuat filem, serta bakat Malaysia yang penuh inspirasi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, “Kami teruja dapat menghimpunkan ‘terbaik daripada terbaik’ sebagai destinasi hiburan yang tiada tandingan bagi rakyat Malaysia. Pelanggan kami berhak mendapat hiburan yang hebat, dan tambahan Disney+ Hotstar dengan pelbagai rancangan yang popular, wakil karya tempatan dan program sukan yang menarik pasti akan mengujakan mereka. Disney+ Hotstar akan tersedia untuk pelanggan kami bermula 1 Jun dan selepas itu, kami juga akan berusaha menawarkan Disney+ Hotstarmenerusi kotak bersambung Ultra dan Ulti kami pada tahun ini.”

Pengalaman yang Terunggul

Pelanggan akan dapat menstrim Disney+ Hotstar menerusi pelbagai pilihan peranti mudah alih dan TV bersambung yang serasi semasa pelancaran ini, termasuk pemain media penstriman. Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua penstriman serentak, dan sebahagian besar kandungan akan tersedia untuk dimuat turun pada telefon mudah alih dan tablet. Semua kandungan adalah bebas iklan dan mempunyai bahagian mesra kanak-kanak dengan kandungan yang sesuai dengan usia mereka. Ianya juga mudah untuk dilayari oleh pelanggan. 

Mulai 1 Jun 2021, pengguna boleh melanggan perkhidmatan tersebut secara terus menerusi laman Disney+ Hotstar, serta aplikasi Disney+ Hotstar melalui peranti Android dan iOS atau dengan Astro. Sila layari DisneyPlusHotstar.my untuk maklumat lebih lanjut.

+++

MENGENAI DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA

Disney+ Hotstar merupakan platfrom penstriman khusus untuk rancangan global dan Malaysia yang paling popular. Ia menyatupadukan filem-filem “blockbuster” Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan sebagainya, yang turut merangkumi tayangan perdana eksklusif dan “blockbuster” daripada studio-studio terkemuka di Malaysia. Tersedia pada peranti dengan sambungan internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan pengaturcaraan bebas iklan dengan pelbagai kandungan original dengan durasi biasa, aksi siaran langsung dan animasi, kandungan pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier serta filem-filem seperti Avengers: EndgameAladdin dan Frozen 2Disney + Hotstar juga akan menampilkan penerbitan pawagam Malaysia dan barisan program popular tempatan yang luas, seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen AliUpin & Ipin dan sebagainya.

Hiburan Tanpa Henti untuk Rakyat Malaysia dari Segenap Lapisan Umur

Bermula 1 Jun, pelanggan di Malaysia boleh menikmati:

  • Adiwira-adiwira Marvel: Siri Original Marvel Studios seperti WandaVision (semua episod), The Falcon and The Winter Soldier (semua episod)Loki (penstriman bermula Jun), Marvel Studios: Assembled dan Marvel Studios: Legends, serta filem-filem “blockbuster” termasuk Avengers: Endgame, Avengers: Infinity War, Captain Marvel, Black Panther, Deadpool dan sebagainya. Turut disajikan adalah siri televisyen seperti Agents of S.H.I.E.L.D., M.O.D.O.K., Runaways dan Cloak and Dagger
  • Barisan program kegemaran Disney, termasuk Animasi Original dan adaptasi aksi langsung seperti The Lion King, Mulan, Aladdin, Beauty and the BeastDumbo, Frozen 1 dan serta siri Pirates of the Caribbean
  • Disney+ Originals: Tajuk-tajuk eksklusif hanya terdapat di Disney+ Hotstar, seperti The Mandalorian, The Mighty Ducks: Game Changers, folklore: the long pond studio sessions, The Right Stuff, High School Musical: The Musical: The Series, Big Shot, Flora & Ulysses, The One and Only Ivan, Muppets Now, Lady and the Tramp dan Godmothered
  • Filem Malaysia paling hangat: Barisan penerbitan baharu serta kandungan tempatan popular seperti J2: J Retribusi, Zombitopia (penstriman bermula 2 Julai), Ada Hantu (penstriman bermula pertengahan Ogos), Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah (penstriman bermula hujung Jun)Barisan program ini merupakan tambahan kepada rancangan terkenal di Malaysia termasuk: J Revolusi, Tombiruo, KL Special Force, Munafik, Istanbul Aku Datang!, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (penstriman bermula pertengahan Jun)filem The Rock (Rock, Rock Oo!, Rock Bro! dan Rock 4: Rockers Never Dai), Talentime, Mukhsin, The Kid From The Big Apple 2, Vedigundu Pasangge, Evolusi KL Drift 1 & 2, KL Gangster 1 & 2Gol & Gincu 1 & 2Guang, Redha dan Roh.
  • Semua 12 filem Star Wars, termasuk Star Wars: The Force Awakens, Star Wars: The Last Jedi and Star Wars: The Rise of Skywalker
  • Kisah-kisah hebat daripada Pixar Animation StudiosLuca, animasi baharu daripada Disney & Pixar bakal dilancarkan terus di Disney+ Hotstar pada 18 Jun. Filem-filem yang menyentuh hati dan memenagi anugerah seperti Soul, Toy Story 4, Coco, The Incredibles 2, Finding Dory, filem-filem pendek seperti 22 vs. Earth, BurrowBao dan Pixar Popcorn serta Inside Pixar, yang menampilkan perspektif dalaman individu, seni dan budaya Pixar Animation Studios
  • Kandungan berunsurkan pendidikan daripada National Geographic: Meneroka dunia menakjubkan ini bersama Secret of the Whales, Own the Room, Gordon Ramsay: UnchartedFree Solo, The Right Stuff, The World According to Jeff Goldblum, Genius dan Wicked Tuna
  • Hiburan menarik berjam-jam untuk seisi keluarga: termasuk siri terkenal seperti Ejen Ali, Alif & Sofia(penstriman bermula pertengahan Julai), Wizards of Warna Walk, Mickey and the Roadster Racers, lebih 10 musim Upin & Ipin bagi kanak-kanak dan seisi keluarga, dan sebagainya
  • Filem dan siri hiburan umum: Nomadland, Grey’s Anatomy, 9-1-1, Criminal Minds, francais Home Alone, The Walking Dead, 24, francais Aliens, Avatar, francais Planet of the Apes, Family Guy, Fresh off the Boat, Ford V Ferrari, Homeland, How I Met Your Mother, Jojo Rabbit, Modern Family, The Simpsons, francais The X-Files, It’s Always Sunny in Philadelphia dan sebagainya
  • Filem dan drama bersiri Cina yang popular:  The Silent Forest, Ip Man 4: The Finale, Agent Mr. Chan, Infernal Affairs, Line Walker 2, The Storm Riders, Number 1 (penstriman bermula pertengahan Jun), The Deer and the Cauldron, The Legend of Hao Lan, Nothing Gold Can Stay dan Ruyi’s Royal Love in the Palace
  • Filem dan drama bersiri Hindi dan Tamil eksklusif yang pertama seumpamanya oleh Hotstar: Dil Bechara, Lootcase, Khuda Hafiz, Teddy (penstriman bermula pertengahan Jun), Big Bull (penstriman bermula hujung Jun), 1232 KMS (penstriman bermula pada pertengahan Julai), The Legend of Hanuman (penstriman bermula pertengahan Julai), Live Telecast dan Triples
  • Filem “blockbuster” Tamil dan siri Star Vijay: Vishwaroopam 1 dan 2, Maari, Thuppakki, Nanban, Kaaka Muttai, Pandian Stores, Bharathi Kannamma, Raja Rani, Super Singer 8 dan Naam Iruvar Namakku Iruvar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Enam Daerah Di Selangor Dikenakan PKP Mulai 6 Mei

Universal Music Malaysia Lantik Kim Lim Sebagai Pengarah Urusan Yang Baharu