in ,

dimsum Thai Pop 2019 Meriah! Hampir 2,000 Penonton Terpesona

Showcase muzik pop Thai terbesar di Malaysia, dimsum Thai Pop 2019 yang diadakan di IDEAL Convention Centre, Shah Alam berlangsung dengan meriah.

Hampir 2,000 penonton yang hadir terpesona menyaksikan persembahan-persembahan istimewa daripada sembilan artis popular yang diterbangkan daripada Thailand. Sembilan artis popular tersebut adalah Sunny Suwanmethanot, Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Chonlathorn Kongyingyong (Captain), Ice Paris Intarakomalyasut, Wongravee Nateetorn (Sky), Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng) dan Nichaphat Chatchaipholrat (Pearwah).

dimsum Thai Pop 2019

Tepat pukul 6 petang, pentas dibuka dengan  lagu The Lucky One nyanyian Tor, Jaylerr, Ice dan Captain sebelum disambut dengan persembahan solo Tor dengan lagu Hua Jai Kaung Tur. Ice kemudiannya kembali semula ke atas pentas bersama Pearwah. Kali ini, pasangan tersebut berduet menyanyikan lagu My Ambulance.

dimsum Thai Pop 2019
Pearwah dan Ice berduet menyanyikan lagu sensasi internet “My Ambulance”.

Terus memanaskan suasana, Thanaerng muncul di atas pentas untuk melantunkan lagu It’s OK dan diikuti oleh Billkin yang membawakan lagu You Are My Everything. Persembahan pada petang tersebut diteruskan dengan nyanyian Billkin yang kali ini berduet bersama Pearwah menerusi Lost Stars. Sky dan Sunny mengambil alih pentas dan mendendangkan lagu Love Message.

Selain persembahan nyanyian, Sunny, Sky, Thanaerng, Pearwah dan Billkin juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peminat menerusi sesi permainan santai di atas pentas. 

dimsum Thai Pop 2019

Ice kemudiannya menyanyikan lagu Let It Be, dan diikuti oleh Captain dengan lagu Comethru, Jayler dengan lagu Humble dan Jaylerr bersama Tor menerusi Counting Stars. Pentas persembahan ditutup dengan lagu Uptown Funk yang dinyanyikan oleh kesemua artis.

Bagi pelanggan dimsum yang tidak berkesempatan untuk menonton dimsum Thai Pop 2019 secara langsung, rakaman bagi showcase ini akan boleh dinikmati di platform dimsum dalam masa terdekat.

dimsum THAI POP 2019 disokong oleh Kedutaan Thailand, Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Hotel Rasmi: Hotel New World, Petaling Jaya, Lokasi Rasmi: IDCC Shah Alam, Pusat Beli-Belah Rasmi: Central i-City, Minuman Rasmi: Pepsi, Penerbangan Rasmi: Malaysia Airlines, NADAO Bangkok Co., Ltd, GMM GRAMMY Public Company Limited, Ani-One, JKN Global Media Public Company Limited, dan The Bangkok Television Co., Ltd. Rakan media rasmi: The Star, mStar, 988, Suria FM, Hot FM dan TikTok.

dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019
dimsum Thai Pop 2019

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tarikh Keramat 11.11 Masa Shopping Sambil Berhibur di Lazada Kini Kembali!

Berat Dazrin Kamarudin Turun 19 Kilogram Bukan Sebab Barang Terlarang