in , , ,

Tarikh Keramat 11.11 Masa Shopping Sambil Berhibur di Lazada Kini Kembali!

Setelah diwar-warkan melalui pelbagai saluran beberapa hari yang lalu, tibalah saat untuk kira turun tarikh keramat festival beli belah atas talian Lazada 2019, malam ini. Lazada mengundang semua ‘kaki beli belah’ untuk menyertai fenomena ini dalam Lazada 11.11 Super Show yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lazada 11.11 Super Show merupakan sebuah program variasi yang membariskan persembahan hebat selebriti terkenal tanah air dan antarabangsa, secara langsung di TV3. Selain itu, penonton juga berpeluang untuk menyertai permainan-permainan secara langsung dan memenangi pelbagai hadiah menarik ketika program itu bersiaran.

Lazada Super Show 11.11 2019

Pastinya para penonton akan turut terhibur dengan persembahan khas Cinta Laura dari Indonesia dan Apink dari Korea Selatan sebagai persembahan penutup malam ini!

Lazada Super Show 11.11 2019

“Ini merupakan kali kedua Lazada berkolaborasi bersama kami dalam menganjurkan Lazada 11.11 Super Show ini, dan kami berharap kolaborasi ini dapat dikekalkan sebagai acara tahunan antara TV3 dan Lazada.

Kami berbesar hati untuk berganding bahu bersama Lazada dalam menjayakan kempen Lazada 11.11 Super Show ini.

Dengan kejayaan acara ini tahun lalu, terutamanya dengan persembahan penutup yang disampaikan oleh KARD, para penonton amat teruja dengan kembalinya konsert ini pada tahun ini.

Oleh itu, Lazada 11.11 Super Show tahun ini mempersembahkan selebriti antarabangsa yang dibawakan khas dari Indonesia dan Apink dari Korea Selatan.

Kami berharap agar Lazada 11.11 Super Show kali ini akan menjadi penanda aras baharu dan membuka lebih banyak peluang untuk syarikat-syarikat lain untuk berkolaborasi dengan Media Prima.”

– Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak

Dihoskan oleh Fiza Sabjahan, Haziq Hussni dan Sean LJE, tirai Lazada 11.11 Super Show akan dibuka dengan persembahan Meer Fly, diikuti dengan Ziri Kirana dan K-Clique.

Lazada Super Show 11.11 2019

Hiburan malam ini diteruskan dengan persembahan-persembahan hebat oleh Black, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Bunga serta sketsa mencuit hati oleh Shuk Sahar, Ebby Yus, Shiha Zikir dan Elly Mazlein.

Selain itu, Nur Fazura akan muncul dalam sebuah segmen tajaan Nutox, bersama dua model kacak. Selesai dengan itu, Andi Bernadee akan menguasai pentas dalam mempersembahkan lagu hitnya, ‘Donde’, diikuti dengan Naim Daniel yang bakal memukau penonton dengan lagunya, ‘Sumpah’.

Segmen seterusnya merupakan sebuah pertunjukan fesyen Carlo Rino yang turut dimeriahkan oleh Hael Husaini, diikuti dengan perlawanan ‘Rap’ oleh Haziq Hussni, Sean LJE, Sofea (DeFam) dan Izzi. Persembahan Ayda Jebat, Siti Nurdiana, Man Bai, dan Hujan juga bakal memeriahkan suasana sekitar PICC dan kaca televisyen penonton malam ini juga.

Hiburan malam ini akan berterusan sehingga ke persembahan  Cinta Laura Kiehl dan Apink menutup tirai Lazada 11.11 Supershow.

Lazada Super Show 11.11 2019

Tahun ini, lebih banyak jenama ternama menyertai kempen Lazada 11.11 seperti Carlo Rino, Nestle Lactogrow, Nutox, Nano White, Samsung, Touch ‘n Go, RinggitPlus, Citibank dan Photobook.

Saksikan Lazada 11.11 Super Show secara strim langsung melalui saluran Youtube TV3 Malaysia, Xtra (xtra.com.my), tonton dan aplikasi Lazada. Selain itu, semua artis kegemaran akan memperagakan busana mereka di Karpet Merah pada pukul 9 malam, iaitu setengah jam sebelum Lazada 11.11 Super Show bersiaran langsung di TV3.

Jangan ketinggalan untuk menyertai Lazada 11.11 Super Show, dan membeli belah dengan harga-harga terendah dipasaran pada 11 November 2019, esok! Layari www.lazada.com.my serta laman media sosial untuk dapatkan informasi lanjut tentang Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale dan Lazada 11.11 Super Show! Gunakan tanda pagar  #MYLazada1111 #ILoveLazada1111 #LazadaBiggestOneDaySale untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019
Lazada Super Show 11.11 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARASHI Announces Upcoming Activities to Fans in Singapore

dimsum Thai Pop 2019 Meriah! Hampir 2,000 Penonton Terpesona