in , ,

Dilla Razak Lancar Single Balada Menusuk Jiwa Berjudul KAU DALAM DOA 

Dilla Razak merupakan bintang baru kelahiran Kuantan yang bakal menjadi pelapis kepada penyanyi-penyanyi sedia ada. 

Bakat baru berusia 23 tahun ini memulakan perjalanan seninya ketika di bangku sekolah lagi dengan penglibatan aktif dalam aktiviti nyanyian, lakonan, syair, sajak, gurindam, serta teater untuk negeri Pahang. 

Keunikan Dilla Razak telah dibuktikan dengan lontaran vokalnya yang tinggi dan padu di dalam single pertamanya CAHAYA RINDU dan terkini single terbarunya ‘KAU DALAM DOA’ yang telah dilancarkan di Youtube pada 23 Jun 2023. 

Single ini mengusung genre balada dengan melodi diciptakan oleh Jijoe dan lirik ditulis oleh Nada Jiwa. Lagu ini mengisahkan tentang kepasrahan seseorang yang telah ditinggalkan namun doa dan harapan untuk kembali bersatu tidak pernah putus.

Dalam menciptakan lagu ini, komposer Jijoe telah mengambil pendekatan mencipta melodi dan mood yang menekankan emosi untuk menyerlahkan keupayaan vokal Dilla Razak yang sebenar. 

Dilla Razak Lancar Single Balada Berjudul KAU DALAM DOA

Lagu ini telah dilakukan rakamannya di Raw69 Music Studio pada bulan April lalu. Penggambaran muzik videonya telah dijalankan pada bulan Mei lalu di Cherating, Pahang.

Muzik video ini berkonsepkan unsur alam sebagai simbolik kepada doa dan kesetiaan. 

Dengan pelancaran single Kau Dalam Doa, semoga bisa menambat hati pendengar dan memberi ruang untuk Dilla Razak bertapak dan bersaing di dalam industri seni suara serta membuka pintu peluang bagi karyawan seni muzik terus berkarya untuk kemajuan muzik tanah air. 

Dilla Razak Lancar Single Balada Berjudul KAU DALAM DOA

LIRIK KAU DALAM DOA 

Angin berdesir 

Ombak mendayu 

Pantai memutih 

Alunan menderu 

Camar bertebaran 

Menakluki angkasa 

Begitu jua hatiku 

Dihiasi kasihmu 

Sejak ku kenali
Hanya namamu bersemadi 

Terpatri abadi 

Chorus:
Kau sentiasa dalam doa
Walau di mana saja kau berada 

Tiada pengganti selamanya 

Kau saja dalam doa
Walau hingga bertemu hujung nyawa 

Hanya tuhan tempat ku berserah 

Bahagia sentiasa ada 

Dalam rindu dan kenangan 

Yang datang menerpa Selagi kau dalam doa 

Komposer : Jijoe Penulis Lirik : Nada Jiwa 

Hak Cipta dan Terpelihara ©Layar Atma Kreatif Sdn Bhd 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afgan Live In Concert With MPO Bakal Berlangsung Pada 2 Disember Ini!

Resorts World Cruises Bekerjasama Dengan LEGO® Untuk Pertama Kali