in ,

Dikecam Tak Pandai Baca Niat Puasa, Andi Kecewa Video Dimuat Naik

Baru-baru ini nama penyanyi lagu Donde, Andi Bernadee telah dikecam segelintir netizen gara-gara dia dikatakan tidak tahu membaca niat puasa.

Menurut Andi atau nama sebenar, Andi Azrul Andi Mapangile dia memohon maaf sekiranya apa yang dilakukannya sebelum ini telah menyinggung perasaan mana-mana pihak, tidak menyangka video berkenaan telah dimuat naik menerusi media sosial oleh sebuah media. 

“Saya minta maaf… apa yang boleh saya cakap artis dan media macam rakan serta saling memerlukan. Kalau media ada, tetapi artis tiada, macam mana nak buat story (artikel) dan saya faham benda itu daripada pihak dia (media), saya minta maaf sangat-sangat. 

“Saya dah awal-awal pesan supaya jangan siarkan video itu sebab saya yang akan kena kecam. Apa yang kita dapat dengan menjatuhkan orang lain. Saya dah berumur 28 tahun, bukannya 18 tahun. Saya berjuang untuk masuk dalam industri, janganlah pijak kepala saya,”

– Andi Bernadee

Andi Bernadee ditemui media pada acara berbuka puasa anjuran Warner Music Malaysia yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu turut mengakui dia masih lagi belajar tentang agama dan bukannya manusia sempurna yang cukup serba-serbi ilmu dalam bidang keagamaan. 

“Saya dah lali dengan kutukan dan bagi saya selagi kita tak mainkan isu bangsa dan agama, saya baik-baik sahaja. Ketika mereka tanya saya tentang niat puasa itu pun ia dirakam bukan pada bulan Ramadan, sudah tentu fikiran saya pun ‘jam’ pada ketika itu. 

“Saya mengaku bab-bab agama ini memang saya agak kurang, tetapi saya juga manusia biasa yang masih lagi belajar untuk memperbaiki diri,”

– Andi Bernadee

Andi mengatakan dia belajar daripada kesilapannya itu dan berharap semua pihak yang berada dalam industri ini dapat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Disney’s Aladdin

MonoloQue Keluar Single Baharu, Peram ‘Langgar Lari’ Selama 13 Tahun