in ,

MonoloQue Keluar Single Baharu, Peram ‘Langgar Lari’ Selama 13 Tahun

Penyanyi MonoloQue kini tampil dengan single terbaharunya berjudul Langgar Lari yang sudah diperamnya sejak 13 tahun lalu.

Menurut MonoloQue, lagu yang sudah disimpan lama itu merupakan satu eksperimennya tentang penggayaan Bahasa Melayu dalam penulisan lirik selepas keajaiban album Selamat Tinggal Dunia yang merupakan album studio Butterfingers pada 2005.

“Rata-rata ramai generasi kini yang meminggirkan bahasa Melayu dan lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan seharian sekaligus menghakis identiti kita sebagai orang Malaysia kerana bahasa itu juga sebahagian dari jati diri.

“Langgar Lari menceritakan tentang perangai orang sekarang yang suka membuat hal tanpa rasa bersalah dan melanggar tanpa hirau akan adat serta tatasusila. Jika ini masyarakat kita, bagaimana kita mahu membangun Malaysia baru ke tahap minda dan budaya diangkat tinggi,”

– MonoloQue

Sebelum ini, MonoloQue dinobatkan sebagai pemenang lagu tema terbaik, Atma Jiwa (lagu OST filem Buskers) di Festival Filem Malaysia ke-30.

Lagu Langgar Lari boleh dimuat turun menerusi semua aplikasi penstriman muzik bermula 22 Mei ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dikecam Tak Pandai Baca Niat Puasa, Andi Kecewa Video Dimuat Naik

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 Di Stadium Nasional Bukit Jalil