in , ,

Video Aksi Panas Zul Ariffin & Siti Hariesa Telah Dipadam 

Nama aktor terkenal Zul Ariffin tiba-tiba tular dan menjadi bahan bualan ramai apabila dia berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam.

Video yang mencetuskan kemarahan ramai itu memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara babak yang membuatkan ramai netizen terkejut ialah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara tanpa berbaju. Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul turut sohor kini dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan panas terbabit.

Malah, ada juga yang kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban dan sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yang terkenal dengan aksi lucah.

“Daripada minat Zul, automatik jadi menyampah bila menonton video tersebut, jijik sungguh,” ciap seorang peminatnya.

“Sumpah menyesal lihat Instagram Zul. Industri seni Malaysia sudah rosak nampaknya,” luah seorang netizen yang kecewa.

Video yang telah meraih lebih sejuta tontonan dan 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Sebagai info, selain Zul dan Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah Setahun Menyepi Andi Bernadee Kembali Dengan Single DU

Dihoskan Oleh Fiza Frizzy, Inspirasi Wanita Berjaya Dalam Trend Hawa