in , ,

Suria FM Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

SURIA FM Meraih Pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ Bersama Resorts World Cruises di atas kapal persiaran Genting Dream

Suria FM melakar sejarah dengan meraih pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ (MBR) bersama Resort World Cruises di atas kapal persiaran Genting Dream sebagai ‘Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran’. 

Majlis penyampaian sijil rasmi ‘The Malaysia Book of Records’ kepada Suria FM dan Resorts World Cruises telah diadakan di sebuah majlis khas secara ekslusif di atas kapal persiaran Genting Dream pada 11 januari 2022 (Rabu). 

Suria FM Lakar Sejarah Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Turut hadir pada acara penyampaian khas tersebut ialah Mr. Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises, Mr. Ong Hsieh Lien, Timbalan Presiden Komunikasi Korporat AVP dan Pemasaran Resorts World Cruises, Dato Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Pengurus Besar Suria FM, Lee Pooi Leng, Pengurus Pejabat Malaysia Book of Records dan Siti Hajar Binti Johor, Perunding Rekod Kanan Malaysia Book of Records. 

Suria FM Lakar Sejarah Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Sejarah tercipta menerusi segmen Morning Morning Suria kelolaan Ajak, Shuib dan Suraya bersama tetamu jemputan Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee yang bersiaran secara langsung pada 10 Januari 2023 (Selasa) dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi dengan membawa tema ‘Morning Morning Suria membelah samudera’. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) “Suria FM adalah radio berbahasa melayu di bawah syarikat Star Media Group juga merupakan 3 radio teratas di Malaysia. Bagi pihak Suria FM, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Resorts World Cruises atas kerjasama baik bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria  FM”

Suria FM Lakar Sejarah Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Tambah DJ Lin, “Bersempena dengan kerjasama ini, kami juga berjaya mencapai ‘The Malaysia Book of Records’ baru di Genting Dream sebagai ‘Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Pesiaran’. Kami percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha yang padu daripada semua pihak, dibantu oleh formula yang berkesan, serta fokus yang tinggi dan komitmen terbaik. Kami amat gembira dengan pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ ini, dan kami akan terus berusaha dan kekal komited untuk menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pendengar kami”. 

Suria FM Lakar Sejarah Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Di samping itu , ujar Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises “Persahabatan dan kerjasama di antara Resorts World Cruises dengan Suria FM sejak pertengahan bulan November 2022 amat bermakna dan menarik kerana ia turut diadakan sempena meraikan sambutan Ulang Tahun ke-15 Suria FM. Bagi pihak Resorts World Cruises dan anak kapal Genting Dream, kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pencapaian terbaru di bawah ‘The Malaysia Book of Records’. Kejayaan Suria FM sebagai ‘Stesen Radio Pertama Bersiaran di atas Kapal Pesiaran’ sememangnya bertepatan dengan sambutan tahun baru 2023.

Kerjasama kami juga tepat pada masanya kerana kapal kami akan terus berlayar dari Pelabuhan Klang sehingga awal tahun 2024 untuk menawarkan pelbagai pelayaran percutian ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket dengan tawaran makanan dan minuman Halal yang diperakui. Initiatif ini akan membolehkan kami terus mengembangkan dan mempromosikan percutian pelayaran sebagai pilihan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi pasaran Melayu,” 

Suria FM Lakar Sejarah Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Majlis dan pelayaran selama 4 Hari 3 Malam (9 – 12 Januari 2023) ke Pulau Pinang dan Singapura di atas kapal persiaran Genting Dream yang berlepas dari Pelabuhan Klang ini turut diadakan bersempena Ulang Tahun ke-15 Suria FM dan dihadiri lebih 60 tetamu terdiri daripada 5 pemenang bertuah peraduan ‘Suria 15 Tahun’ yang dijalankan sepanjang November dan Disember 2022, barisan penyanyi popular seperti Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee, rakan rakan media, para penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya serta barisan kakitangan Suria FM.

Suria FM Lakar Sejarah Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria FM di laman web Suria, suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Sengaja’ Amir Masdi, Kolaborasi Sulung Dengan Hang Nadim, Bunga Cantik

Rakam Semula DERITA Versi Baharu, Ternyata Lagu Isma Sane Ini Lebih Emosi