in , ,

Tiket Konsert Exists Reunion Habis Terjual dalam Tempoh 48 Jam

Hebat penangan Exists. Tiket konsert mereka di Singapura nanti kira pecah panggung la ya. Ternyata otai masih berbisa.

Tiket Konsert Exists Reunion yang bakal berlangsung di Singapura pada 5 Oktober nanti habis terjual dalam tempoh kurang 48 jam sejak mula dibuka kelmarin.

Vokalisnya, Ezad Lazim mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa peminat di Kota Singa.

Exists

“Sejak dulu lagi persembahan Exists mendapat sambutan hangat di sana.

“Namun, tak sangka pula kesemua tiket untuk 1,500 tempat duduk berjaya dijual dalam masa dua hari,”

– Ezad Lazim

Kata Ezad lagi, walaupun tiket konsert di Singapura sudah habis terjual, peminat dari negara itu masih boleh menonton persembahan Exist dengan membeli tiket konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September nanti.

“Tiket konsert di Malaysia masih ada lagi. Kalau peminat di Singapura tidak sempat beli tiket konsert Exists di sana, mereka boleh beli tiket konsert di Malaysia,”

– Ezad Lazim

Menurut Ezad setakat ini 50 peratus persiapan termasuk susunan lagu sudah berjaya diselesaikan. Menerusi konsert itu Exists akan menyampaikan lebih 20 lagu popular.

Exists

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Delimawati Terkejut Jadi Calon Top 5 ABPBH 32

Lima Penginapan Yang Unik di New Zealand