in , ,

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama Bersiri DEKATKAN JARAK Lakonan Ayda Jebat

Adik beradik merupakan aset yang tidak ternilai kepada semua umat manusia sehinggakan keakraban adik beradik telah diabadikan dalam pepatah Melayu “Air yang dicincang tidak akan putus” Begitu juga dengan pelakon jelita Ayda Jebat yang pernah menuntut bela kematian adik angkatnya daripada keluarga kandung adik angkatnya itu. Namun sejauh manakah Ayda Jebat menuntut bela untuk arwah adik angkatnya itu? Saksikan drama bersiri Dekatkan Jarak Kita dalam slot Samarinda akan datang di TV3.

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

Ayda Jebat Menuntut Bela Arwah Adik Angkatnya?

Dekatkan Jarak Kita adalah sebuah drama bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang 15 episod yang diterbitkan oleh JS Pictures Sdn. Bhd di bawah arahan saudara Azman Hj. Yahya @ Jinggo. Drama ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross dan Azhan Rani.

Menurut pengarah drama Samarinda: Dekatkan Jarak Kita, saudara Azman Hj Yahya (Jinggo), “Drama ini adalah sebuah drama yang bergenre berat kerana jalan ceritanya yang tidak lari dari krisis keluarga yang tiada henti. Namun, dengan kerja sama setiap kru produksi termasuk barisan pelakon seperti Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross, Azhan Rani dan lain-lain, penggambaran drama ini berjaya dihabiskan dalam masa satu bulan, iaitu seperti dijadualkan. Walau bagaimanapun, naskah drama ini tetap memberikan sedikit tekanan kepada barisan pelakon kami untuk menjiwai watak mereka terutama Ayda Jebat, kerana Ayda Jebat perlu melakonkan dua watak iaitu Sofea dan Allysa yang semestinya mempunyai perwatakan yang sedikit berbeza. Oleh itu, JS Pictures Sdn Bhd yakin dengan drama yang mengetengahkan nilai-nilai kekeluargaan ini mampu menambat hati penonton, In Sya Allah.”

Drama Dekatkan Jarak Kita ini mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

[pullquote align=”right”]Dapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan ini dalam drama bersiri yang penuh trajis Dekatkan Jarak Kita setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 21 November 2017.[/pullquote]

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

https://youtu.be/v9qyHBk6Efs

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil? Dapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan ini dalam drama bersiri yang penuh trajis Dekatkan Jarak Kita setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 21 November 2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

drama bersiri Dekatkan Jarak Kita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Embarks Digital Transformation With Digital Jam!

Ini Sebab Anda Kena Tengok Filem REMPIT SAMPAI LANGIT