in , ,

Trending! Filem DAULAT di iflix Mendapat Sambutan Penonton

Iflix Lebih Agresif Tayangkan Pelbagai Judul Filem Baharu Setiap Minggu Secara Eksklusif Dan Percuma! Daulat, Ghost Writer, Pengabdi Setan antara judul filem percuma dan menarik di iflix yang boleh hiburkan anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sepanjang April ini, iflix sukacitanya mengumumkan tayangan pelbagai judul baharu filem secara EKSKLUSIF dan PERCUMA seperti Daulat, Ghost Writer dan Pengabdi Setan di platform iflix.com. Dengan adanya beberapa judul baharu yang disajikan iflix,  penonton akan mendapat lebih banyak seleksi hiburan dan menceriakan yang boleh ditonton ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, ramai antara penggemar filem di Malaysia juga menyimpan hasrat untuk menonton filem-filem tempatan mahupun antarabangsa secara percuma tetapi masih tidak menemui sumber untuk menontonnya. Tambahan pula, ketika tempoh PKP, mereka tidak boleh ke pawagam mahupun keluar dari rumah untuk berhibur.

Pengabdi Setan_Poster_CLN_800x1200 (1)

Beberapa sumber berita dari portal dan sosial media turut mengatakan bahawa masih ada yang ingkar dengan arahan pihak kerajaan untuk duduk di rumah dan masih keluar untuk melepak dan berhibur.

Jesteru itu, iflix berperanan sebagai platform percuma yang menawarkan ratusan siri TV dan filem pelbagai genre, membolehkan anda berhibur dan santai bersama keluarga untuk menyaksikan pelbagai judul baharu yang boleh ditonton setiap minggu sepanjang tempoh PKP di iflix.com.

Menurut Pengurus Besar iflix, Dinesh Ratnam, 

Pihak iflix turut bersimpati dengan nasib seluruh rakyat Malaysia yang sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, penonton adalah keutamaan kami, sebab itulah pelbagai judul filem baru dan terkini akan disajikan setiap minggu khas buat penonton secara percuma.

Antara filem eksklusif dan percuma yang akan menghiburkan anda April ini adalah seperti Daulat dan Ghost Writer.

Bulan Mei nanti, kami turut mempersembahkan sebuah lagi judul filem seram secara percuma iaitu Pengabdi Setan yang pastinya tidak akan mengecewakan para penonton. 

Dinesh Ratnam

Memandangkan filem Daulat menjadi sebuah filem ‘trending’ di Malaysia, Dinesh turut menambah, 

“Menerusi kerjasama dengan produksi Lacuna Pictures, Daulat menjadi satu fenomena baharu dalam industri pembikinan filem tempatan, kerana filem ini telah ditayangkan di iflix secara percuma dan tidak memerlukan anda pergi ke pawagam atau dikenakan sebarang bayaran.

Pendekatan sebegini adalah berkesan untuk memastikan penonton sentiasa mendapat kandungan lebih segar setiap minggu dan terhibur dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

Terima kasih kepada para penonton yang sentiasa setia dan menyokong pelbagai kandungan tempatan dan global ada di platform kami,”

Dinesh Ratnam

Selain Daulat, para penonton boleh menyaksikan filem bergenre seram seperti Ghost Writer (bermula 23 April) danPengabdi Setan (bermula 7 Mei) secara PERCUMA di platform penstriman iflix.

Ghost Writer_Poster_800x1200 (1)

Filem Ghost Writer arahan Bene Dion Rajagukguk dilakonkan oleh Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra, Ernest Prakasa dan Asmara Abigail. Manakala, filem seram Pengabdi Setan arahan Joko Anwar pula, dibarisi pelakon hebat seperti Tara Basro, Dimas Aditya, Bront Palarae, Endy Arfian, Ayu Laksmi, dan Elly D. Luthan dan ramai lagi. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai judul filem terbaharu mahupun perkembangan terkini di iflix, anda boleh ikuti laman sosial media iflix di Facebook (@iflixMY), Instagram (@iflixMY) dan Twitter (@iflixMY).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Duet My All Siti Nurhaliza & Liza Hanim Gamit Memori AIM 2004

TV ALHIJRAH Lancar Mycarecov19 Sistem Sokongan Suntik Semangat