in , ,

Duet My All Siti Nurhaliza & Liza Hanim Gamit Memori AIM 2004

Meskipun berjauhan dan menyanyi secara spontan, rata-rata mereka yang menonton sesi Insta-Live tersebut memuji paduan suara kedua-dua penyanyi ini selain turut beranggapan duet tersebut mengimbau kembali memori Anugerah Industri Muzik 2004 (AIM2004)

Semalam, menerusi Instagram penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berlangsungnya sesi siaran langsung Insta-Live yang diadakan hampir setiap hari yang mana Siti akan meluangkan masa berkongsi kisah dan menyanyi buat tatapan peminat-peminatnya.

Gamit Memori AIM2004

Istimewanya Insta-Live kali ini, Siti telah bersiaran langsung bersama penyanyi Liza Hanim yang mana kedua-dua penyanyi bersuara lunak ini telah berduet menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hollywood Mariah Carey berjudul My All.

Meskipun berjauhan dan menyanyi secara spontan, rata-rata mereka yang menonton sesi Insta-Live tersebut memuji paduan suara kedua-dua penyanyi ini selain turut beranggapan duet tersebut mengimbau kembali memori Anugerah Industri Muzik 2004 (AIM2004)

Tarik Perhatian Dunia 

Sebagai info, pada AIM2004 selain Siti dan Liza, beberapa penyanyi lain seperti Ning Baizura, Siti Sarah, dan Misha Omar turut digandingkan bersama mendendangkan lagu My All yang telah digubah kepada Bahasa Melayu.

Menariknya lagi, gandingan 5 penyanyi popular ini pernah mendapat reaksi dan komen positif daripada penyanyi dan guru vokal dari luar negara yang mengulas duet mereka menerusi akaun YouTube masing-masing sekali gus mengangkat nama-nama penyanyi Malaysia ini di mata dunia.

Sumber: Murai & IG Live ctdk & Liza Hanim 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Mana Darjat Suami Jika…” – Status Dimuatnaik Aliff Syukri Cetus Tanda Tanya

Trending! Filem DAULAT di iflix Mendapat Sambutan Penonton