in

Datuk Ziela Jalil Terima Menantu

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan juga penerbit, Datuk Ziela Jalil yang baru sahaja menerima menantu selepas anak sulungnya, Dr Puteri Julia Nabilah selamat diijabkabulkan pada Ahad.

Puteri Julia disatukan sebagai sebagai pasangan suami isteri dengan lelaki pilihannya, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi, selepas mengikat tali pertunangan pada 12 Mei lalu.

Tahniah! Datuk Ziela Jalil Terima Menantu

Tahniah! Datuk Ziela Jalil Terima Menantu

Momen ini tentunya sesuatu yang cukup bermakna buat Ziela yang sebelum ini membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian arwah suami, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Ziela menerusi laman Instagramnya berkongsi saat-saat manis majlis perkahwinan anak perempuannya itu dari majlis khatam al-Quran, berinai dan ijab kabul.

Tahniah! Datuk Ziela Jalil Terima Menantu

Selain keluarga dan saudara mara, rakan-rakan selebriti yang merupakan teman baik Zile juga dilihat turut hadir meraikan majlis.

Antaranya ialah Liza Abdullah, Datuk Shah Rezza, Nina Juren, Umie Aida, Azrinaz Mazhar Hakim dan lain-lain. -SINAR HARIAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Mini Balada Melayu SEPULUH TAHUN PERTAMA Imran Ajmain

Remy Ishak Buat Laporan Polis Dakwa Diugut