in ,

Remy Ishak Buat Laporan Polis Dakwa Diugut

Pelakon, Remy Ishak membuat laporan polis selepas mendakwa diugut oleh seorang lelaki, dipercayai mahu mengambil kesempatan terhadap statusnya sebagai selebriti.

Remy atau nama penuhnya, Mohamad Zalimie Ishak, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, jam 2.30 petang Ahad lalu sebagai langkah keselamatan apabila individu itu didakwa merakamkan video dan gambar untuk disebarkan.

Remy-Ishak-13

“Lelaki itu tampil bersama-sama tunangnya ingin memulangkan kasut yang dibeli daripada tunang saya, Ezza Yusof. Dia bagaimanapun, dia tidak memberikan alasan kukuh bagi mendapatkan wangnya kembali.

“Kebetulan saya berada di tempat kejadian dan secara tiba-tiba, lelaki itu mengambil gambar dan video serta menggugut untuk menyebarkannya. Saya tidak tahu atas tujuan apa dia berbuat begitu kerana perkara itu tiada kaitan dengan saya.

“Lebih baik saya mengambil langkah awal dengan membuat penjelasan supaya tidak menimbulkan salah faham. Saya tidak mahu sewenang-wenangnya orang lain mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian,” katanya.

Pelakon filem Pulang itu berkata, dia turut mengambil langkah itu kerana tidak mahu menjadi mangsa segelintir pihak yang ingin mengejar populariti dengan menjadikan selebriti sebagai sasaran.

“Saya faham sekarang zaman tular dan semuanya cepat tersebar, tetapi jangan ambil kesempatan dan menganiaya kami (selebriti). Saya memilih untuk membuat laporan polis supaya mereka di luar sana tidak salah faham.

“Mereka tidak seharusnya menggunakan selebriti untuk meraih perhatian mudah. Saya tidak mahu diri menjadi mangsa buli siber apabila isu tular tanpa dipastikan kebenarannya,” kata Remy. -BH ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Ziela Jalil Terima Menantu

Haqiem Rusli Tak Jadi Berhenti Nyanyi, Kini Bangkit Kembali