in

Datuk Mustapha Maarof Adrea Abdullah dalam Kisah Pak Kaduk

KISAH PAK KADUK MODEN DI TV2

Kisah Pak Kaduk terkenal di kalangan masyarakat Melayu dengan sikap lurus bendulnya. Namun kisah Pak Kaduk yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 2 April 2011, setiap Sabtu, jam 5.00 petang di TV2 ini berbeza kerana yang diketengahkan adalah kisah seorang pengurus besar syarikat yang berusaha mengingatkan supaya kalangan pekerjanya tidak menjadi Pak Kaduk atau mengulangi kebodohan Pak Kaduk dalam kerjaya dan kehidupan seharian mereka.

Drama arahan Saian Samion ini dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Mustapha Maarof (Datuk Kamil), Adrea Abdullah (Norhayati), Al Fahar (Norman), Bob Singah (Taha), Pesha (Badrun), Datuk Aziz Singah (Amri), Aimi Jarr (Wak Seman), Rosnah Johari (Datin Kalsom), Fazlina Datuk Ahmad Daud (Hanim) dan Haanii Shivraj (Kamala Devi).

Basic RGB

Drama rantaian 13 episod ini mengisahkan watak utama, Datuk Kamil, Pengurus Besar syarikat yang sedang melatih beberapa orang eksekutifnya untuk menjadi Pengurus Cawangan di samping meningkatkan prestasi syarikat. Mereka adalah Taha dan Lim yang masing-masing merupakan seorang eksekutif kanan, Badrun yang baru balik daripada menyambung belajar atas biaya syarikat, Kamala Devi dan Salam adalah eksekutif rendah. Setiap kali nasihat yang yang disampaikan, Datuk Kamil meminta agar mereka tidak menjadi Pak Kaduk atau mengulangi kebodohan Pak Kaduk.

Setiap hari Datuk Kamil akan menasihati mereka berdasarkan 13 Rahsia Kejayaan. Rahsia-rahsia tersebut adalah Mimpi Besar, Membentuk arah pemikiran yang jelas, Lihat diri anda seperti bekerja sendiri, Buat apa yang anda suka lakukan & berpegang kepada kecemerlangan, Mengetahui setiap sudut pekerjaan anda, Bentuk kepentingan kepada segala aktiviti anda tetapi tumpu dan selesaikan satu persatu, Bina reputasi kecekapan dan kepercayaan di samping bersedia untuk mendaki puncak demi puncak dalam perjalanan hidup dan pekerjaan anda, Latih disiplin diri dalam semua hal, Bangunkan bakat semulajadi anda, Jadikan keputusan dan bertindak pantas sebagai resmi peribadi, Jangan beranggapan anda berkemungkinan gagal dan gandingkan segala yang anda lakukan dengan kualiti yang berterusan dan bermatlamat, Berdamping dengan orang yang betul dan Berkhidmat untuk membantu orang lain di samping Jujur kepada diri dan orang lain; Setiap kali juga Datuk Kamil mengingatkan tentang keutuhan negara bangsa. Datuk Kamil ini adalah seorang yang mempunyai semangat patriotik dan meminati cara bekerja Donald Trump dalam ‘The Apprentice.’

Mulai saat itu, maka bermulalah perebutan mereka untuk mendapatkan jawatan tersebut. Pelbagai tindakan, permainan kotor dan komplot termasuk ‘menghalalkan cara’ dilakukan. Walaupun begitu, ada juga di antara mereka yang jujur dan melakukan sebaik mungkin. Maka pelbagai reaksi dan tindakan yang timbul daripada mereka.

Walaupun begitu, Datuk Kamil mempunyai juga masalah sendiri dengan anak tunggalnya, Yati (dikatakan anak angkat Datuk Kamil sedangkan Yati sendiri tidak mengetahuinya) yang tidak mahu bekerja dengannya. Datuk Kamil mengharapkan agar Yati akan menggantinya suatu hari nanti. Yati seperti remaja lain suka memberontak terhadap ibu bapa.

Yati kemudiannya bekerja dengan Norman, seorang peniaga kecil-kecilan yang mengedar barangan pejabat ke syarikat-syarikat besar. Di samping berniaga, Norman juga suka bersajak dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesenian. Hobi Norman ini secucuk dengan Yati yang juga meminati bidang senitari daripada bidang perniagaan.

Bagaimanakah cara Datuk Kamil berdepan dengan segala permasalahan pegawai-pegawai syarikatnya itu? Dan apakah pendekatan yang diambil untuk menjernihkan semula hubungan dengan anak tunggalnya itu? Saksikan kesudahannya dalam Pak Kaduk setiap Sabtu, jam 5.00 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joint Venture Airasia & Expedia To Power Online Travel Revolution

Gambar Profile Pelajar Akademi Fantasia 9 AF9