in , ,

Datuk Chef Wan Bertembung Chef Martin Yan, Pasukan Mana Yang Layak Digelar RAJA SAWIT

Jangan ketinggalan untuk saksikan Raja Sawit bermula pada 8 Jun 2019, setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang di TV3.

Datuk Redzuawan bin Ismail (lebih dikenali sebagai Datuk Chef Wan)dan Chef Martin Yan, dua ikon chef selebriti terkemuka di peringkat global telah bergabung tenaga sebagai mentor dan hos dalam program realiti TV terbaharu TV3,Raja Sawit yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang bermula 8 Jun 2019. 

Para peserta Raja Sawit bergambar dengan mentor Datuk Chef Wan _ Chef Martin Yan

Raja Sawitmerupakan pertandingan masakan program realiti TV pertama yang menampilkan pelajar-pelajar kulinari terbaik di Malaysia yang akan bersaing antara satu sama lain dengan menggunakan minyak sawit sebagai asas masakan mereka. Sebanyak 16 pelajar iaitu setiap dua (2) pelajar kulinari terbaik daripada lapan (8) kolej kulinari terkemuka di Malaysia dijemput secara eksklusif untuk menyertai program ini iaitu SEGI University Kota Damansara, UNITAR International University, UCSI University, BERJAYA University College, UITM Puncak Alam, YTL International College of Hotel Management, HELP College of Art and Technology dan INTI International College Subang.

“Sebagai tanda sokongan pihak stesen kepada kempen kerajaan – Sayangi Sawitkuyang bertujuan menggalakkan penggunaan minyak sawit secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, TV3 memperkenalkan program Raja Sawityang mengetengahkan minyak sawit sebagai asas masakan.

Sejajar dengan matlamat program ini untuk mengetengah dan mempersiapkan chef terbaik untuk generasi akan datang yang dapat berkhidmat di peringkat global dengan memasak menggunakan minyak sawit, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan 2 ikon dunia masakan dan rakan-rakan penaja untuk menjayakan program ini.

Kami yakin bahawa para peserta dapat menerima manfaat besar dengan perkongsian ilmu, pendedahan kemahiran dan teknik memasak untuk memulakan kerjaya sebagai seorang chef pada masa hadapan.” 

Encik Johan IshakKetua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima

Disegani sebagai ikon masakan Malaysia, Datuk Chef Wanmerupakan satu-satunya chef selebriti Malaysia yang aktif sebagai hos program TV, seorang usahawan, pengkritik makanan, penulis buku resipi, penerima “ratusan” anugerah dan duta pelancongan & kebudayaan Malaysia. 

Group foto bersama Pengarah Chew Han Tah(dari kiri 1),  YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama (tengah), Encik Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple (tengah), Chef Martin Yan (dari kanan 3) _ Datuk Chef Wan (dari kanan 2)

Chef Martin Yan, satu nama besar yang pernah menjadi hos lebih daripada 3,000 program masakan di seluruh dunia, termasuk “Yan Can Cook,” beliau juga seorang Master Chef yang diiktiraf, perunding makanan, pengajar masakan dan penulis yang terkenal turut serta untuk menjayakan program ini. 

16 peserta dibahagikan kepada 8 pasukan yang mewakili kolej kulinari masing-masing. Mereka mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada 2 mentor program iaitu Datuk Chef Wan dan Chef Martin Yan

RS-5628

Sepanjang 6 episod ini, kesemua peserta akan menaiki bas “Raja Sawit” ke pelbagai lokasi untuk merasai pengalaman memasak menggunakan sayuran dan ikan segar melalui konsep “ladang ke meja”. 

UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY (Nur Aqilah binti Sazali _ Muhammad Izzul Syahmi bin Azhidi)

Bermula pada episod ketiga, para peserta akan berhadapan dengan sesi penyingkiran. Hanya 3 pasukan terbaik layak mara ke pusingan akhir pada episod keenam. 

RS-5338

Pasukan terbaik bakal memenangi gelaran “Raja Sawit”, setiap ahli akan menerima trofi dan sijil pengiktirafan yang ditandatangani oleh Datuk Chef Wan, Chef Martin Yan dan juga Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok; sebuah apron eksklusif “Raja Sawit”; penginapan 3 hari 2 malam di The Banjaran Hotsprings Retreat bernilai RM10,000 seorang; latihan praktikal di restoran Datuk Chef Wan, “De. Wan 1958”; dan pisau yang ditandatangani oleh Chef Martin Yan sendiri!

UiTM Puncak Alam (Shamsul Iqmar Shafiq bin Shamsul Hairi _ Nurul Atirah binti Mohd Karimudin)

Sidang media Raja Sawityang telah berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada pagi ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama Malaysia dan Encik Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Media Prima Berhad.

Raja Sawit diterbitkan oleh P & U Victory Sdn Bhddan diarahkan oleh Chew Han Tah. Program ini menampilkan Minyak Cap Buruh sebagai penaja utamaA1 Bihun Berasdan Kawan Food sebagai penaja bersama dan dijayakan dengan kerjasama Kementerian Industri Utama Malaysia,Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Tefal, Air Asia dan FGV Holdings Berhad. 

Jangan ketinggalan untuk saksikan Raja Sawit bermula pada 8 Jun 2019, setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang di TV3.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman webwww.tv3.com.mydan ikuti laman media sosial rasmi Facebook,Instagram & Twitter iaitu @TV3Malaysia.

SEGI University Kota Damansara (Jessven Wong Chia Wang _ Vithya Muniady )
RS-6278
RS-6339

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Alyah

YouTube Tidak Akan Lagi Memaparkan Jumlah Pengikut Saluran Sepenuhnya

Hasilkan Filem REMP-IT 2, Zul Huzaimy Minta Restu Ahmad Idham