in , ,

YouTube Tidak Akan Lagi Memaparkan Jumlah Pengikut Saluran Sepenuhnya

Jumlah pengikut pada akaun media sosial menjadi pengukur “nilai” seseorang. Angka yang tinggi membolehkan anda menjadi pemangkin media sosial yang menjual pakej iklan. Bagi golongan YouTuber pula, jumlah pengikut saluran tidak akan lagi dipaparkan sepenuhnya bermula Ogos 2019.

Currently, public sub counts are abbreviated in most but not all places across YouTube. In August, we’ll make this more consistent by always showing abbreviated sub counts publicly.

Creators: You’ll still see your full sub count in Studio!

Learn more → https://t.co/ldguF5Ussf pic.twitter.com/pmaKk4EU4k

— TeamYouTube (@TeamYouTube) May 21, 2019

Menurut YouTube selepas ini hanya angka yang paling hampir akan dipaparkan bagi akaun yang mempunyai lebih 1000 pengikut. Saluran dengan 53,999,999 pengikut akan hanya memaparkan lencana 53 Juta. Saluran dengan 133,017 pengikut pula hanya akan memaparkan lencana 133K.

Hanya pemilik saluran boleh melihat jumlah langganan yang tepat menerusi Studio. Perubahan ini dilakukan bagi menyeragamkan paparan pada peranti Sebelum ini jumlah pengikut yang tepat hanya boleh dilihat pada versi desktop.

Tetapi terdapat spekulasi dilakukan selepas jumlah pengikut ini memberikan imej negatif kepada YouTube. Awal tahun ini jumlah turun naik pengikut saluran PewDiePie dan T Series menyebabkan pergaduhan.

Terkini pergaduhan di antara James Charles dan Tati Westbrook pula menjadi perbualan media sosial. Dengan jumlah pengikut tidak lagi dipaparkan, kegilaan melihat kejatuhan sesebuah saluran selepas skandal tidak lagi berlaku.

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jujur Seorang Lelaki Dalam Telemovie BUDAK BETUL Lakonan Nadzmi Adhwa

Datuk Chef Wan Bertembung Chef Martin Yan, Pasukan Mana Yang Layak Digelar RAJA SAWIT