in ,

Jalaluddin Hassan Terjatuh Di Set Penggambaran JALAN SESAT KE SYURGA

MALANG tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon Datuk Jalaludin Hassan yang terjatuh ketika hendak turun tangga di set lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada malam, Jumaat.

Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan cedera di kaki kanan akibat terjatuh ketika menuruni anak tangga di lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga di Cyberjaya, malam tadi. Jalaluddin berkata, dia tidak mengalami kecederaan serius biarpun kaki kanannya membengkak.

“Ramai yang menyangka saya terjatuh kerana masalah jantung atau tekanan darah tinggi. Kesihatan saya baik cuma saya silap langkah.

“Ketika kejadian, saya mahu turun tangga menunaikan solat Maghrib. Keadaan gelap menyebabkan saya terjatuh dan kaki saya terlipat.

– Datuk Jalaluddin Hassan
Jalaludin-Hassan
Datuk Jalaluddin Hassan

Tersilap langkah, Jalaluddin terjatuh ketika menuruni anak tangga di lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syura di Cyberjaya, malam tadi. Foto IG Jalaluddin Hassan

“Saya cuba bangun tapi tak boleh bergerak. Selepas menjerit meminta tolong, barulah kru produksi yang terdengar jeritan saya, datang menghulur bantuan,”

– Datuk Jalaluddin Hassan

Jalaluddin berkata, kru produksi mahu membawanya ke hospital tetapi dirinya enggan.

“Selepas dirawat anggota paramedik, saya disuruh berehat di rumah. Alhamdulillah, keadaan saya stabil cuma kaki sebelah kanan bengkak dan berdenyut-denyut,”

– Datuk Jalaluddin Hassan

Ternyata semangat juang pelakon berusia 66 tahun ini masih utuh. Biarpun sakit, Jalaluddin masih mahu menyelesaikan tanggungjawabnya di set penggambaran.

“Selepas mendapat rawatan, saya terus meminta produksi menyambung penggambaran. Namun, mereka menolak dan menyuruh saya pulang berehat.

“Ketika mereka menghubungi saya bertanya khabar, sebentar tadi, saya sekali lagi menyuarakan hasrat untuk kembali ke lokasi.

“Selagi ada kudrat, saya tak kisah meneruskan kerja. Saya tak mahu ganggu jadual artis lain jika saya asyik tangguhkan penggambaran… Saya tak mahu menyusahkan sesiapa,”

– Datuk Jalaluddin Hassan

Berita mengenai kemalangan kecil itu turut dikongsi pelakon drama terbabitm Siti Elizad Mohamad Shahrifuddin menerusi Instagram (IG) Story memaklumkan Jalaluddin jatuh tangga ketika penggambaran.

Menurut pelakon Elizad, dia yang baharu sampai ke set penggambaran itu terkejut apabila terdengar suara Jalaludin yang tiba-tiba menjerit sekuat hati.

“Waktu itu saya baru sahaja sampai di set penggambaran dan insiden itu berlaku dalam rumah. Mungkin keadaan di tangga itu agak gelap sebab tak buka lampu lagi.

“Tiba-tiba saya dan semua yang ada di luar rumah itu terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati.

Memang terkejut, kami berlari masuk ke dalam rumah dan lihat ibu jarinya berdarah.

– Elizad
Jalaluddin Hassan Terjatuh Di Set Penggambaran Drama Jalan Sesat Ke Syurga
Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Datuk Jalal jatuh sebab terlepas nak langkah tiga anak tangga. Tapi saya pun tak berapa pasti macam mana insiden itu berlaku,”

– Elizad

Sebelum ini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkongsi video ambulans di Instastory miliknya dengan memberitahu Jalaludin jatuh tangga ketika penggambaran.

Jalaluddin Hassan Terjatuh Di Set Penggambaran Drama Jalan Sesat Ke Syurga
Elizad dan Aaron Aziz antara pelakon yang bekerjsama dengan Jalaludin dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Jalaludin tidak mengalami kecederaan yang teruk dan dia hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik sahaja mendapat rawatan.

“Selepas melihat ibu jari dia berdarah, kami pun terus la hubungi ambulans. Datuk Jalal tak dibawa ke hospital tapi terus dirawat di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah… dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Mula-mula itu dia nak sambung juga penggambaran tapi kami semua minta dia balik rumah berehat sahaja.

“Tapi saya tak pasti macam mana keadaan dia sekarang ini tapi semalam Alhamdulillah dia nampak okay sahaja selepas dirawat,” ujarnya.

– Elizad

Semoga Datuk Jalaluddin Hassan kembali sihat sepenuhnya dan dapat berlakon dengan baik untuk menyempurnakan wataknya dalam drama ini. Amin.

Sumber: BH Online, IG Elizad & mStar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

49701096236 5E11Bfbec7 O | 14

Tahniah! Bella Astillah Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Ernie | 15

Kowachee Juara! Ini Senarai Pemenang Ceria Megastar 2020