in , ,

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31

Majlis penyampaian Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) telah berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

Filem arahan Emir Ezwan, Roh telah berjaya membawa pulang trofi utama apabila dinobatkan Filem Terbaik untuk edisi kali ini. Lebih manis, Roh telah membawa pulang enam anugerah termasuklah kategori Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik. 

Filem Sangkar turut menggondol beberapa anugerah utama dan membawa pulang lima trofi, kedua terbanyak selepas Roh. Kabir Bhatia telah dinobatkan Pengarah Terbaik manakala bintang utama Sangkar, Zul Ariffin dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Sinje Lee menerusi filem The Garden of Evening Mists. 

Primeworks Studios Sdn Bhd & Wau Animation Sdn Bhd telah membawa pulang trofi Filem Box Office menerusi filem blockbuster tempatan, Ejen Ali The Movie. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman telah diberikan kepada Hajah Fauziah Nawi manakala Anugerah Penggiat Belakang Tabir diberikan kepada Dato Seri Dr. Ahmad Nawab

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31):

Filem Box Office – Ejen Ali The Movie

Filem Terbaik – Roh

Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)

Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)

Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)

Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee (The Garden Of Evening Mists)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M.Lojong (Roh)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)

Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)

Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)

Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)

Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong (Fly By Night)

Skor Muzik Asal Terbaik – Reinchez Ng (Roh)

Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)

Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)

Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)

Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)

Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)

Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)

Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (M) Sdn Bhd (The Garden Of Evening Mists)

Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Komposer: Michael Veerapen, Penulis Lirik: Dato Zainal Abidin, Penyanyi: Dato Zainal Abidin) (Suatu Ketika)

Anugerah Khas Juri 1 – Kash Pictures Sdn Bhd (Suatu Ketika)

Anugerah Khas Juri 2 – Layar Pictures Sdn Bhd (Geran)

Anugerah Khas Juri 3 – Indera Asahan Sdn Bhd (Headhunter)

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi

Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Dato Seri Dr Ahmad Nawab

Tahniah buat semua pemenang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DANISH ISKANDAR

Danish Iskandar, Pelakon Bawah Umur Ingin Saman Produksi Cerita ‘Gay’

Penantian 15 Tahun Berbaloi, Remy Ishak Menggeletar Julang Trofi FFM31