in ,

Dain Iskandar Said Bawa INTERCHANGE ke Filem Festival Toronto

Selepas INTERCHANGE mendapat sambutan luar biasa di tayangan dunia (world premiere) di Filem Festival Locarno pada Ogos 2016, filem terbaru Dain Iskandar Said kini dijemput ke tayangan perdana Amerika Utara di Filem Festival Toronto September 2016 bulan hadapan.

Ini merupakan pemilihan kedua berturut-turut ke Toronto, selepas filemnya sebelum ini, BUNOHAN dipilih untuk tayangan perdana dunia pada tahun 2011.

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Dain Iskandar Said Kembali Ke Filem Festival Toronto

Pada tahun 2011 lalu, BUNOHAN dipilih untuk tayangan dunianya di bawah kategori Discovery dan kini INTERCHANGE dipilih di bawah kategori Vanguard. Kategori Vanguard meliputi filem-filem arthouse (seni) dan bergenre cemas hingga ke suatu yang tidak disangkakan, kisah yang menyeronokkan hingga ke cerita yang memaparkan kejutan. Vanguard juga meliputi filem-filem berunsur gelap, dengan ciri-ciri transgresif dan berbahaya.

Festival yang dianjurkan sejak 1976, Filem Festival Toronto dianggap salah satu filem yang paling berprestij di dunia. Pada tahun ini, antara filem yang bakal ditayangkan termasuk Snowden oleh Oliver Stone, The Salesman oleh Asghar Farhadi, Paterson oleh Jim Jarmusch dan Nocturnal Animals oleh Tom Ford. Selepas mendapat berita filemnya terpilih sekali lagi, Dain Said menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kerana filem Malaysia diterima di peringkat dunia.

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

[dropcap]F[/dropcap]ilem INTERCHANGE bakal ditayangkan di Malaysia bermula 1 Disember 2016 di maa GSC Movies bertanggungjawab untuk mengedarkan filem berkenaan di Malaysia. Budiey tak sabar nak menonton filem ini sebenarnya. Mesti banyak seni dan visual yang menarik akan diketengahkan oleh Dain dalam filem ni.

[pullquote align=”right”]Ia diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS). Interchange juga diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.[/pullquote]

Berita gembira dari Toronto ini diterima sebaik sahaja rombngan INTERCHANGE dalam perjalanan pulang dari Locarno, Switzerland untuk tayangan dunia mereka. INTERCHANGE ditayangkan di lapangan terbuka Piazza Grande, Pengarah Dain Said bersama barisan pelakon yang hadir dijemput oleh pengarah artistik festival tersebut, Carlo Chatrian untuk memberi ucapan di hadapan ribuan penonton yang hadir pada tayangan tersebut.

SINOPSIS Filem  INTERCHANGE

Kisah bermula daripada seorang jurufoto forensic ADAM (EIDIL PUTRA) yang terlibat dalam halusinasi selepas terlibat dalam satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang dipenuhi dengan rahsia sehinggalah seorang detektif bernama MAN (SHAHEIZY SAM) muncul dalam misi menyelesaikannya.

Kes tersebut menjadikan Adam suka bersendirian di rumah dan meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya. Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut – yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman IVA (PRISIA NASUTION), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam, Fotograf Iva menjadi gambar berlatarbelakangkan puluhan tahun dahulu yang ternyata sebelum mereka dilahirkan.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dapan dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Jadi Duta Gegar Fest 2016

Lisa Surihani, Nabila Huda & Scha Alyahya di Koleksi EH! X FashionValet