in ,

Rozita Che Wan Jadi Duta Gegar Fest 2016

Festival fesyen anjuran Gegar Fest bakal berlangsung secara besar-besaran di Stadium Negeri Kuala Terenganu pada 26 dan 27 Ogos ini.

Pengarah Urusan RSZ Event Empire, Zurina johari berkata, ia bertujuan mengetengahkan jenama-jenama fesyen yang baharu berjinak-jinak dalam industri terutama bagi yang tinggal di luar bandar.

“Kita memilih Terengganu berikutan melihat potensi dan bakat-bakat usahawan dalam bidang fesyen di negeri ini yang belum diketengahkan.

“Ia juga secara tidak langsung memudahkan masyarakat negeri itu untuk mencari pakaian yang mereka idamkan tanpa perlu ke butik” ujarnya.

Gegar Fest turut melantik pelakon dan ikon fesyen Rozita Che Wan sebagai duta berikutan pengaruhnya yang kuat dalam industri fesyen tanah air tanpa mengira usia.

“Rozita merupakan ikon fesyen di Malaysia dan pengaruh beliau dalam bidang ini sangat kuat terutama di laman sosial.

“Orang ramai yang meminatnya juga boleh berjumpa dan beramah mesra dengan Che Ta serta bebebapa artis lain seperti Jihan Musa, Dafi, Zain Saidin, Sabhi Sadhi, Rizal Jaafar, Datuk Aznil Nawawi dan Aaishah Dhia Rana di Gegar Fest pada 26 dan 27 Ogos ini,” ujarnya.

Selain itu, Gegar Fest merupakan festival fesyen yang sering diadakan tanpa mengira musim perayaan sahaja.

Ia memberi ruang niaga kepada vendor yang berminat dengan barga yang sangat berpatutan iaitu dari RM1,950.

Untuk keterangan tentang urusan berkaitan vendor boleh menghubungi RSZ Event Empire di nombor 017-2294779 (Qaseh), 019-2848952 (Rin), 013-2191015 (Yana).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ary Hadre Pertaruh Single Pertama JANJI PALSU

Dain Iskandar Said Bawa INTERCHANGE ke Filem Festival Toronto