in

149 Lagu P. Ramlee Diisytihar Warisan Kebangsaan 2018

Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan antara 255 butiran warisan yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan antara 255 butiran warisan yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

Antara lagu malar segar yang tersenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa.

Mohd. Zain dan P. Ramlee sebagai Labu dan Labi

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

“Pada petang ini saya mengisytiharkan sejumlah butiran warisan sebagai Warisan Kebangsaan dan apa yang istimewa ialah hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan khususnya lagu-lagu ciptaan beliau.”

Butiran lain yang diisytiharkan kali ini adalah 24 tapak warisan, 225 objek warisan serta enam tokoh orang hidup.

Beliau berkata kepentingan untuk mewartakan warisan ini akan memberi impak positif melangkaui pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.

“Ia turut menjana ekonomi kepada negara melalui produk pelancongan warisan.”

– BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shukri Yahaya Berang Pelakon Baru Tak Tahu Teknik Lakonan

Sinopsis Drama DAHLIA: ISTERIKU ‘MEM’ BESAR