in , ,

Dah 10 Hari, Anak Mat Dan Masih Tiada Nama, Ini Sebab Kenapa Belum Buat Keputusan

Menurut Mat Dan, dia dan isteri masih lagi memikirkan nama paling sesuai untuk anak keduanya. Alasannya, dia mengambil masa yang lama untuk memilih nama kerana perlu merujuk nama itu dengan ustaz terlebih dahulu bagi mengetahui maknanya.

“Saya dan isteri sedang memikirkan nama paling sesuai untuk anak kedua kami,” kata Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah/

Isteri Mat Dan, Nadifa Adnan, 32, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.23 kilogram (kg) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada 10.55 pagi 7 November lalu.

Mat Dan berkata, dia dan isterinya masih tercari-cari nama sesuai untuk diberikan kepada anak keduanya itu.

“Anak sudah berusia 10 hari, tapi kami masih dalam proses memilih nama terbaik dan paling sesuai untuk anak kedua ini dan sampai sekarang, saya tidak dapat menjawab jika ada yang bertanya mengenainya.

“Beberapa nama ada di dalam senarai, tetapi saya dan isteri perlu merujuk nama itu dengan ustaz terlebih dahulu bagi mengetahui maknanya,” katanya.

Mat Dan berkata, isterinya dijangka melahirkan anak kedua itu pada 23 November, tertapi bersalin awal dua minggu iaitu sama seperti melahirkan anak pertama dahulu.

Menurutnya, kali ini dia tidak sukar menguruskan isteri dan bayi kerana sudah mempunyai pengalaman ketika menyambut anak pertama dahulu.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, isteri sihat dan masih berpantang manakala anak tidak mengalami sebarang masalah.

“Ibu saya, Nicola Tyler, 56, dan bapa, Kevin Tyler, 62, teruja menerima kehadiran cucu kedua mereka, tetapi mereka berada di London dan tidak boleh datang ke sini buat masa ini.

“Ibu dan ayah sudah setahun tidak berjumpa kami sekeluarga dan diharap masalah Covid-19 itu cepat-cepat reda supaya kami dapat berjumpa semula,” katanya.

Mat Dan dan Nadifa sebelum ini dikurniakan anak pertama, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini berusia tiga tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali | 18

Cuma 2 Minggu Bersiaran, Azwan Ali Ucap Selamat Tinggal Buat LAGU CINTA KITA 2

Alfie Templeman | 19

Twitter Perkenal Fungsi ‘Stories’ Fleets Secara Rasmi Bermula Hari Ini