in , ,

Cuma 2 Minggu Bersiaran, Azwan Ali Ucap Selamat Tinggal Buat LAGU CINTA KITA 2

Dua minggu berturut-turut trending di media sosial, pengacara popular Azwan Ali yang membuat kemunculan semula di rancangan nyanyian Lagu Cinta Kita 2 memaklumkan bahawa semalam adalah episod terakhir beliau bersiaran.

Hal ini pastinya membuatkan ramai peminatnya berasa sedih kerana belum puas melihat pengacara tersebut mengendalikan rancangan hiburan seperti itu.

Menerusi media sosial Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, episod kedua yang berlangsung pada hari Ahad 15 November adalah episod terakhir bersama dengannya dan selepas ini Elly Mazlein akan bersiaran dengan pengacara lain pula.

Azwan Ali

Susulan daripada maklumat yang disampaikan oleh Azwan Ali, rata-rata warganet berasa tidak gembira kerana mereka mahukan pengacara tersebut terus mengendalikan episod akan datang sehingga program Lagu Cinta Kita 2 selesai.

Mereka juga mengakui menonton program kendalian Diva AA kerana ingin melihat pengacara tersebut kembali di pentas hiburan dan suka dengan gaya pengacaraan beliau.

Walau bagaimanapun program tersebut masih berjalan seperti biasa dan Elly Mazlein kekal menjadi pengacara serta akan bergandingan dengan beberapa orang lagi selebriti untuk minggu seterusnya.

Program Lagu Cinta Kita 2 ini bersiaran secara langsung di TV3 setiap hari Ahad dengan menampilkan Mas Idayu dan Hael Husaini sebagai juri.

Azwan Ali

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dah Siap Buat Aqiqah, Emma Maembong ‘Kunci Mulut’ Bersalin Bayi Lelaki?

Dah 10 Hari, Anak Mat Dan Masih Tiada Nama, Ini Sebab Kenapa Belum Buat Keputusan