in ,

Twitter Perkenal Fungsi ‘Stories’ Fleets Secara Rasmi Bermula Hari Ini

Twitter hari ini telah mula memperkenalkan fungsi baharu dinamakan Fleets. Ia adalah fungsi seumpama Stories yang didapati pada aplikasi seperti Instagram.

Fleets diperkenalkan kepada kesemua pengguna bermula hari ini secara global. Fungsi ini sebelum ini pertama kali ditemukan apabila diuji secara tertutup untuk pengguna Brazil pada Mac lalu.

Melalui Fleets, ia yang muncul pada garis masa di bahagian atas aplikasi dalam tempoh 24 jam sebelum hilang. Untuk mencipta fleet, pengguna perlu menekan butang ‘+’ yang akan muncul pada bahagian atas halaman utama Twitter.

Twitter Perkenal Fungsi ‘Stories’ Fleets Secara Rasmi Bermula Hari Ini

Kandungan yang boleh dikongsi mempunyai had 280 aksara. Pengguna juga boleh berkongsi gambar, GIF, ataupun video.

Fleet tidak boleh di ‘like’ atau ‘retweet’. Namun, pengguna masih boleh memberi respon kepada fleet rakan-rakan seperti emoji atau teks DM.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dah 10 Hari, Anak Mat Dan Masih Tiada Nama, Ini Sebab Kenapa Belum Buat Keputusan

Netizen Puas SPRM Tahan 40 Pegawai Imigresen Palsukan Cop Sempadan