in , ,

Caprice Dibawa Ke Hospital Di Jordan Akibat Diserang Panic Attack

Aktivis kemanusiaan yang juga penyanyi rap, Caprice dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan dipercayai di Mesir gara-gara demam dan mendapat serangan ‘panic’ selepas menerima suntikan dos kedua vaksin.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi rap Caprice memaklumkan dia dimasukkan ke hospital dipercayai di Mesir selepas mengalami demam dan panic attack.

Dalam entri tersebut, Caprice memberitahu dia mengalami demam dan panic attact selepas menerima suntikan dos kedua vaksin serta sedang menerima bantuan oksigen.

“Suntikan dos kedua lain macam. Insha-Allah selepas sehari saya akan bangkit,”

– Caprice
Caprice Dibawa Ke Hospital Di Jordan Akibat Diserang Panic Attack

Kata Caprice lagi, dia memaklumkan dirinya dalam keadaan baik sahaja dan akan kembali meneruskan misi dalam beberapa hari lagi selepas sembuh.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Caprice turut memuat naik video memaparkan lengannya dimasukkan air serta kesan pengambilan darah.

“Mungkin kesan sampingan suntikan vaksin membuatkan saya sentiasa lapar,” ujarnya.

– Caprice

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan penyanyi rap itu cepat sembuh apatah lagi berada di negara orang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati dengan Kepimpinan Bapa

tony fernandes airasia-2020

Sempena Hari Kebangsaan Ini, airasia ride Kasi Perjalanan Percuma!