in , ,

Mahu Bergaya di Lebaran Ini, Pesonakan Dengan Koleksi Baju Raya Viral Larney

Jenama fesyen kegemaran wanita moden dan urban, Larney melancarkan koleksi baju raya, Larney Raya 2020 yang menggunakan judul daripada perkataan yang sedang trending atau viral di laman sosial ketika ini.

Antaranya Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah, TQ Frontliners Tutu Lace Social Distancing Dress dan Be Safe Mini Kurung yang diambil daripada kebanyakan butang carian di laman sosial. Terdapat 21 rekaan menjadi pilihan Larney untuk koleksi Lebaran kali ini yang masing-masing mengetengahkan peningkatan kualiti tak kira dari segi jahitan, pemilihan fabrik dan rekaan yang memenuhi citarasa wanita urban masa kini.

Koleksi kali ini masih mengetengahkan identiti atau DNA Larney dan disempurnakan dengan pemilihan fabrik selesa seperti sutera satin, kain kapas lembut, renda, kain bermanik dan juga songket.

Baju Raya Viral Larney

Malah, bagi mengenang kembali sokongan pelanggan setia Larney yang telah bersama-sama jenama berkenaan sejak diawal kemunculannya,  Larney menawarkan potongan harga istimewa sebanyak 30% untuk 2 hari pertama haro pelancaran.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian baju raya Larney menerusi kempen ini juga, akan menerima hadiah istimewa berupa salah satu koleksi kasual Larney.

Pengasas Larney, Puan Zura Zaibidi berkata, pemilihan judul rekaan daripada nama-nama trending berkenaan adalah salah satu cara dalam meningkatkan semangat kebersamaan golongan wanita sepanjang penularan wabak Covid-19 di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Baju Raya Viral Larney

“Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri, saya percaya wanita di luar sana terutama yang bekerka di pejabat, pastinya terkesan dengan perubahan sekitar yang memerlukan mereka tinggal atau duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Jadi,sesuai dengan situasi semasa, Larney memilih nama-nama berkenaan untuk disemadikan di dalam koleksi Raya Larney tahun ini,” katanya yang juga amat terkesan dengan perintah PKP akibat wabak Covid-19 melanda dunia ketika ini.

Koleksi Larney Raya 2020 hadir di dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM259 sehingga RM689.

Katanya, meskipun pihaknya sudah merencanakan sesuatu yang lebih istimewa menyemarakkan kempen Larney Raya 2020, tetapi kekangan berikutan PKP ini bukanlah menjadi alasan untuk pihaknya tidak merealisasikan koleksi Lebaran buat wanita pada tahun ini.

Puan Zura berkata, pihaknya sedar dengan impak yang besar daripada penularan Covid-19 ini, tetapi dia juga maklum bahawa ramai wanita yang memerlukan sekurang-kurangnya satu persalinan baru bagi meraikan Hari Raya pada Mei akan datang.

“Saya berpendapat, dengan adanya koleksi baju raya, ia sedikit-sebanyak akan memberi lebih semangat atau cahaya baru buat golongan wanita yang telah terlalu lama duduk di rumah akibat PKP.

“Saya juga agak terkejut, sejak PKP terdapat ramai pelanggan setia dan baru Larney yang telah membuat pembelian persalinan Larney .Malah dan ramai juga yang bertanyakan tentang koleksi raya tahun ini.

“Disebabkan itu jugalah, saya lebih bersemangat untuk terus melahirkan koleksi Larney Raya 2020 kerana saya yakin wanita juga berhak untuk tampil baru dan betenaga pada pagi raya nanti,”

– Puan Zura
Baju Raya Viral Larney

Sehubungan itu, Jenama Larney juga turut terlibat dalam menyiapkan persalinan PPE untuk para petugas barisan hadapan di hospital sebagai tanda sokongan di atas usaha murni mereka untuk merawat pesakit yang menghidap Covid-19.

Sejak minggu ketiga PKP, pihaknya Larney telah menyiapkan ratusan persalinan PPE bersama-sama jenama fesyen terkenal tempatan yang lain. Lebih banyak persalinan akan dilahirkan selepas ini.

Larney juga berharap agar wanita bekerjaya di luar sana tidak mudah berputus asa meskipun terpaksa melaksanakan tugas dari rumah, sebaliknya perlu mula menyusun strategi bagi menjana ekonomi negara.

“Wanita Larney adalah seorang yang bijak mencari peluang, mesti cepat bertindak, konsisten dan tidak muda berputus asa,”

– Puan Zura

Puan Zura turut menyuntik semangat wanita di luar sana sepanjang sesi PKP.

Baju Raya Viral Larney

Pembelian Larney Raya 2020 boleh dibuat dengan melayari laman web www.larney.com.my atau hubungi 011-23794505.

Larney Raya 2020

1. Stay At Home Kebaya

2. Lockdown Kurung Kedah

3. We Can Win Dress

4. Be Safe Mini Kurung

5. Flatten The Curve Kebaya

6. Stay Strong Kurung

7. Be Smart Sequin Kurung

8. Be Smart Lace Kurung

9. Work From Home Songket Kurung

10. Break The Chain Songket Wrap

11. Save Malaysia Songket Kurung

12. TQ Frontliners Lace Kurung

13. Keep Calm Kaftan

14. Heal The World Kurung

15. Kita Jaga Kita Kurung

16. Social Distancing Dress

17. Don’t Panic Kurung Kedah

18. Keep Calm Kurung

19. Better Together Puffed Kurung

20. Be Responsible Kurung

21. Support Local Pareo Kurung

Baju Raya Viral Larney

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Katy Perry | 22

JOOX Music Siar ONE WORLD: TOGETHER AT HOME Secara Global

Shuib Sepahtu | 23

Covid-19: Shuib Bantu Kerja Amal Ustaz Ebit Lew