in , ,

Covid-19: Ashraf Muslim Sayu Terpaksa Sambut Ramadan Dalam Wad

Selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu, pelakon Ashraf Muslim mengakui dirinya berasa sayu apabila memikirkan nasibnya jika perlu menyambut Ramadan tahun ini di wad.

Namun Ashraf tetap berfikiran positif dan berdoa supaya Ramadan yang bakal disambut dua hari sahaja lagi diberikan keajaiban oleh Allah SWT. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia perlu menjalani ibadah puasa di wad Hospital Sungai Buloh tahun ini namun dia tidak berasa sunyi kerana masih ada pesakit lain yan berada di wad.

“Alhamdulillah, saya okay dan semakin baik. Cuma tempoh hari saja saya sakit tekak dan sedikit tidak selesa.

“Tekanan darah pun okay. Tapi macam biasa, setiap hari kena pantau. Pemeriksaan kesihatan pun macam biasa. Saya masih lagi menunggu hasil ujian swab kedua,”

– Ashraf Muslim

Pelakon berusia 39 tahun ini juga turut mengajak semua untuk melakukan solat tahajud dan meminta ampun pada Allah SWT menerusi perkongsiannya di Instagram.

“Allahuakbar. Siang dan malam di wad ini asyik memikirkan bagaimana suasana Ramadan kali ini bersama-sama pesakit di sini.

“Kawan-kawan, malam ini jom ramai-ramai kita solat tahajud dan minta ampun pada Allah supaya Allah ampunkan kita semua dan berikan keajaiban pada kita di bulan Ramadan ini.

Allah yang berikan kita Covid-19 maka dia juga akan menghapuskannya. Semestinya Allah rindukan doa kita. Sama-sama kita buat,”

– Instagram Ashraf Muslim

Semoga lekas sembuh ya Ashraf. Sama-sama lah kita berdoa untuk Ashraf dan pesakit -pesakit wabak ini supaya dikurniakan kesembuhan. Dapatlah mereka menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga tahun ini.

Ashraf Muslim

What do you think?

49 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Adib & Izara Aishah Perkenal Nama Puteri Sulung Mereka Irisa Alaia

Covid-19: Zaiton Sameon Tolak Sumbangan, Mujur Ada Sedikit Simpanan