in

Covid-19: Apple iPhone 12 Mungkin Dilancarkan Pada Bulan November 2020?

Apple pada tahun ini dijangka hadir dengan kemaskini untuk telefon pintar mercu mereka, dan mungkin memperkenalkan iPhone seterusnya dengan nama iPhone 12. Pelbagai desas-desus berkaitan dengannya telah mula kedengaran, termasuk mengatakan ia mungkin hadir dengan rekaan takuk yang lebih kecil, selain spesifikasi lebih berkuasa.

Terbaru, melalui laporan Reuters yang memetik penganalisa Goldman Sachs, ia dikatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone 12 sekitar bulan November kelak.

Apple Iphone 12 Max Pro

Sekiranya hal ini benar, maka ia mungkin tidak begitu mengejutkan – memandangkan penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan terhadap pengeluaran dan pembangunan produk baru.

Sebelum ini, Apple sering memperkenalkan iPhone generasi baru sekitar bulan September. Buat masa ini, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pelbagai laporan dan desas-desus ini.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik B Hiasan | 16

YouTube Bakal Hadir Dengan Aplikasi Shorts Yang Akan Bersaing Dengan TikTok

Fingo | 17

Jualan Fingo Melonjak 200 Peratus Semasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan