in , ,

YouTube Bakal Hadir Dengan Aplikasi Shorts Yang Akan Bersaing Dengan TikTok

TikTok merupakan salah satu aplikasi yang kian meningkat popularitinya dari hari ke hari.

Perkongsian video ringkas secara menegak, dengan sejumlah tema menarik telah menjadikannya salah satu aplikasi yang digunakan ramai untuk berkongsi video kreatif mereka. Terbaru, ia diperkatakan YouTube bakal hadir dengan penawaran pesaing untuk aplikasi TikTok. Gergasi penstriman video yang dimiliki oleh Google berkenaan dijangka melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan Shorts menjelang penghujung tahun ini.

Shorts ini dijangka akan mengambil kelebihan sejumlah penerbit kandungan daripada YouTube sendiri, selain turut menggunakan katalog muzik dan lagu yang sedia dimiliki oleh YouTube.

Google bukan satu-satunya syarikat yang melihat untuk bersaing dengan TikTok. Sebelum ini, Facebook sendiri telah menguji ciri lebih kurang sama melalui aplikasi dinamakan Lasso – namun, ia masih tidak dipromosikan secara meluas buat masa ini.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemergian Farit Ismeth Emir Satu Kehilangan Besar, Sukar Dicari Ganti

Covid-19: Apple iPhone 12 Mungkin Dilancarkan Pada Bulan November 2020?