in

Merdekakah Jiwa Dan Minda Kita?

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kata keramat yang sering didengari apabila tanggal 31 Ogos menjelma. 61 tahun merdeka, sudah merdekakah jiwa dan minda kita? Minggu lalu, lima peserta Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Raisyah, Da’i Haziq dan Da’i Syahmi diberi tugasan mengupas erti kemerdekaan dari kaca mata Islam bersempena Hari Kebangsaan Malaysia dengan tema “Memerdekakan Minda & Jiwa”.

tiada penyingkiran

Berlainan dengan minggu-minggu sebelum ini, pentas minggu ketujuh telah dibuka dengan persembahan pidato dan bacaan Rukun Negara oleh adik Umar Shakur yang menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan para penonton tidak kira di studio mahupun di rumah.

Da’i Imran sekali lagi cemerlang dengan tazkirah beliau yang mengupas mengenai kemerdekaan pada zaman Rasulullah S.A.W 1400 tahun dahulu dengan naratif lengkap yang menyokong isi persembahan beliau sehingga menerima pujian oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud yang kembali menggalas tugas juri sekembalinya beliau daripada Tanah Suci Mekah. Da’i Imran bijak menerangkan bagaimana kedatangan Rasullullah memerdekakan jiwa-jiwa manusia daripada tuhan-tuhan palsu kepada tuhan yang Maha Satu!.

Tiga peserta yang memperoleh undian tertinggi menerusi undian di laman sosial twitter pada minggu lalu adalah Da’i Haziq (76%), Da’i Adam (70%) dan Da’i Imran (66%). Namun mendapat undian tertinggi tidak menentukan mereka akan terus terselamat kerana markah 100% adalah daripada juri professional dan juga murabbi mereka.

Tiada penyingkiran pada minggu lalu, ini bermakna lima peserta akan terus kekal dalam persaingan mereka ke pentas akhir yang hanya tinggal empat minggu sahaja lagi. Ayuh, berikan sokongan kepada para pendakwah muda ini dengan menonton persembahan mereka sekali lagi pada hari Jumaat ini, 7 September, jam 9.00 malam di TV3. Jika anda ingin ketahui aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan oleh para Da’i musim ke-6 ini, jangan ketinggalan untuk turut menonton jurnal Da’i pada jam 7.55 malam pada hari yang sama dan teruskan untuk #DaiTV3 di laman sosial anda!.

PESERTA TOPIK DA’I METER
Da’i Imran

Darul Quran Jakim- Diploma Tahfiz dan Syariah

Merdeka Zaman Rasulullah 66%
Da’i Adam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – Ijazah Sarjana Muda Dakwah &  Pengurusan Sumber Insan

Minda Yang Dijajah 70%
Da’i Raisyah

MRSM Ulul Albab Kepala Batas- Sains Tulen

Merdekakah aku? 62%
Da’i Syahmi

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Asasi Pengajian Islam

Pelihara Perpaduan 55%
Da’i Haziq

University of Leeds, UK –

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan

 

#Kitapunya 76%

Tiada penyingkiran di minggu ke-7

Da_i Adam

Da_i Haziq

Da_i Raisyah

Da_i Syahmi

Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati

Ustaz Zarifi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama CINTA MAYA Lakonan Yana Shamsudin & Afiq Muiz

Pengalaman VR Hiper-Realiti Star Wars™ yang Pertama di Asia