in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey VENOM

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem aksi yang cukup menarik lakonan Tom Hardy berjudul VENOM akan menemui penonton tidak lama lagi. Untuk info pembaca, VENOM merupakan watak anti-hero atau lebih mudahnya antagonis yang terjadi kerana jangkitan symbiote yang merupakan organisme yang berasal dari luar angkasa.

Salah satu kelebihannya, symbiote ini dapat memulihkan fizikalnya setelah mengalami kerosakan dalam masa yang sangat cepat. Symbiote boleh meresap ke dalam badan manusia dan melekat dalam anggota tubuh.

VENOM

Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem VENOM yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 2 Oktober 2018. Terima kasih banyak Sony Pictures Malaysia!

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 4 Oktober 2018.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengujakan ini pastinya filem aksi hebat dan suspen ini sesuai untuk kalian semua.

VENOM

Sinopsis Filem VENOM

Filem ini menceritakan tentang Eddie Brocke (Tom Hardy), seorang wartawan yang mengkaji satu kes tentang satu penemuan baru yang diketuai oleh Dr. Carlton Drake (Riz Ahmed). Dari penemuan makhluk ciptaan Dr Carlton itu, Eddie telah diserang dan dihanyuti dengan organisme yang dinamakan symbiote yang dapat menyatu dengan tubuh manusia untuk membentuk super-human.

Kemudian Eddie pun terjangkiti salah satu makhluk ciptaan Dr. Carlton Drake. Dalam kondisi terjangkiti organisme asing dalam tubuhnya, Eddie bertarung melawan si makhluk dan orang-orang yang mengejarnya. Eddie berusaha menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk kebaikan bukan kejahatan. Namun, semakin lama ianya nampak luar biasa… nantikan kisah selanjutnya.

Peraduan Tayangan Premiere Filem VENOM

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

2 Oktober 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere VENOM – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #VenomMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama yang memegang watak utama dalam filem VENOM.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem VENOM kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey VENOM

Tarikh tutup peraduan: 1 Oktober 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 4 Oktober 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Reaksi Sufian Suhaimi Trending di Youtube Malaysia

Sinopsis Drama CINTA MAYA Lakonan Yana Shamsudin & Afiq Muiz