in ,

Happy Birthday to Budiey!

Tanggal 1 Ogos setiap tahun, pastinya satu tarikh keramat bagi diri Budiey. Ya, hari ini adalah harijadi gue!

Begitulah saban tahun… awal Ogos kita sambut ulangtahun kelahiran dan hujung bulan pula, kita sambut ulangtahun kemerdekaan negara. Ulangtahun kelahiran yang ke-31. Mmm… 31… hanya satu angka. Dan apalah ada pada angka itu? Apa yang saya rasa? Mmm… entahlah. Semua perasaan bercampur baur. Terlalu banyak cerita peribadi dan semua itu tidak sesuai untuk dibicarakan di blog Sensasi Selebriti.

Selamat Hari Jadi Budiey!

31 tahun sudah saya diberi nikmat kehidupan oleh Tuhan dan 31 tahun sudah saya diizinkan menghirup udara oksigen di ruang bumi Malaysia ini. Semua itu saya syukuri dan berterima kasih walaupun ada hajat saya masih tidak kesampaian. Tahun demi tahun, beginilah saya, menjadi penulis blog dunia hiburan. Sehingga teman-teman di sekeliling bertanya, bila agaknya saya akan memasuki era baru dalam dunia kewartawanan perdana pula. Jawab saya, dah nasib badan lah. Nak buat macamana. Tunggu sahaja tawaran datang. Manalah tahu, nasib saya akan berubah menjelang usia separa matang ini. Apa yang saya harapkan, semoga ada sinar baru yang menanti.

Pada usia 31 tahun ini, saya kira telah banyak ranjau dan onak telah saya telusuri. Manis, pahit, masam, kelat dan sebagainya berbaur-baur mengiringi perjalanan. Setiap kali tiba tanggal 1 Ogos, hati seolah terdetik, wah! Setahun sudah berlalu, baru semalam rasanya saya menyambut hari kelahiran. Begitulah realitinya, jiwa melankolik saya selalu berbisik tatkala 1 Ogos membuka tirainya. Tiba-tiba, hati jadi sayu dan hiba… sudah tua dah saya nih kan?

Kata sesetengah orang, usia 31 tahun akan membawa seseorang itu ke gerbang yang lebih matang. Ya, moga-moga perjalanan masa di bumi Tuhan yang sementara ini membuka jalan terindah buat diri saya. Selamat datang ke alam yang lebih matang, lebih masak, lebih sedap dan lebih enak. Mungkin pada telaah orang, sudah tiba masanya kita akan membuka lembaran baru dalam episod hidup. Erti lain, tiba masanya kita mendirikan rumahtangga? Bagi saya, bakal suri rumah pun masih tidak tahu siapa sebab impak dari dunia saya yang complicated dan sibuk dengan mencari gossip hingga saya tak fikir langsung untuk mencari pasangan. Isunya, ada ke yang mau jadi teman hidup bersama saya yang papa kedana dan tak hensome ni?

Mengimbas kembali jejak-jejak kelahiran di bumi wakafan ini, saya perlu bersyukur dengan segala rahmat dan kasih sayang Tuhan Yang Maha Esa. Kerana Dia, kita dikurniakan hayat yang panjang lagi setahun. Kerana Dia, kita menghirup udara oksigen dan bernafas dalam keadaan selesa. Alhamdulilah, syukur pada kebesaran Tuhan ini dengan hati lapang dan redha. Namun, kadangkala saya alpa dengan peluang yang diberikan oleh Tuhan untuk terus meneroka alam fana ini dan itulah sebenarnya satu ruang keemasan yang perlu direbut.

Budiey Di Usia 31

Setiap saat yang diberikan perlu dihayati dan diisi dengan kerja-kerja yang bermunafaat. Namun, melayu biasalah, mudah lupa. Memang manusia dikurniakan sifat sebegitu… Perkataan ‘insan’ itu sendiri bermaksud lupa. Seperti insan lain, saya tak lepas untuk digoda kealpaan. Maka, kerana itu kita perlu ingat mengingatkan antara satu sama lain adalah perlu. Alahai bersyarah la pulok!… dah-dah lah tu…

Saat mengingati kelahiran ini, saya juga bersyukur kerana ramai juga teman-teman yang sudi mengucapkan Selamat Hari Jadi. Saat ini juga kita akan tahu keikhlasan dan kejujuran mereka dari raut wajah jernih tanda persahabatan yang kekal abadi. Saat ini juga kita akan merasai satu persahabatan yang murni. Terima kasih kepada yang sudi memberi hadiah terutamanya Abang Daus yang dah kasi hadiah siang tadi. Nak jadi orang pertama yang kasi hadiah katanya. Terutama kepada Erin, yang menjadi penghantar SMS pertama sekejap tadi. Kepada teman dari Brunei, Yati yang sentiasa menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat menerusi telefon saban tahun. Kepada teman serumah yang sudi belanja kek coklat dari Secret Recipes, kepada Anne sepupu Aizat, kepada Man dari Puchong, kepada Odeng, juga kepada semua insan yang mengenali diri ini… terima kasih atas sokongan yang korang berikan selama ini…

Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca setia Sensasi Selebriti yang sudi mengucapkan selamat kepada saya, terima kasih banyak-banyak. Terutama kepada Aida Zianazone (walaupun baru kenal minah ni, dia memang sempoi habis, kelakar giler), Liza (terima kasih atas voucher-voucher Nandos.. ops!), Ajami (terima kasih sebab banyak berikan sokongan dan nasihat), Toby (terima kasih atas kiriman ucapan SMS), Izham (terima kasih sebab sudi call pagi-pagi tadi), Murni (terima kasih sebab sudi baca blog SS), Fateha (ofismate Liza), Shina dari Sungai Besi, Ekin, Rhendy dari Jakarta, Atikah dari Penang, Sham dari Kajang, Man dari Segambut, Syarida, Eyla, Dekja dari Perlis, Danny dari Cheras, Zuridah dari Puchong, WaWa, Tiptra, Atie, Lady Carlorino (tak serik jadi pembahas utama dengan One Voice tulis komen pasal isu Erra dan Hans), One Voice, Danny dari Cheras, Rina dari Jakarta (jauh tu buat panggilan), Reza (juga teman dari Jakarta. Terima kasih sebab tick my birthday dalam kalendar), Sheeda daripada Seremban, Cherish Lady, Khairill dari Sitizone (terima kasih orang Singapura yang gerek sei… kaulah peminat Siti Nurhaliza yang sejati!), Femme (oh ya! Memang tu lah saya yang kamu tengok kat depan pentas masa showcase Letto heheheh), Syd (Peminat Nasha Aziz), Watie Ariffin yang juga menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini sama dengan Budiey, Pujangga Malam dari Singapura, Saman, Alya dari UPM, Aida Fotografer dari Ampang, dan semualah ya… thanks so much! Tidak lupa, terima kasih pada my best friend, Rizal… (terima kasih kasih sebab kau sudi menjadi pendengar setia dan penyelesai segala permasalahan dan konflik kisah peribadi aku selama ini. 

Happy friendship day! I love you all.

Celebrity Birthdays for August 01

  1. Ashley Angel (1981)
  2. Tempestt Bledsoe (1973)
  3. Coolio (1963)
  4. Jerry Garcia (1942)
  5. Yves Saint Laurent (1936)
  6. Dom DeLuise (1933)
  7. Herman Melville (1819)
  8. Francis Scott Key (1779)
  9. William Clark (1770)

Tidak dilupakan kepada Radio Era yang menyambut ulangtahunnya yang ke 9 hari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farid Kamil | 21

Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival

Katie Holmes New Bob Haircut! Get Katie Holmes’ New Look!