in

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama SUAMIKU MAT PIUN

Pabila Diva Drama menguasai dunia!

“Suamiku Mat Piun”

Sebuah Drama Komedi Baharu di tonton
Siaran 2 bulan lebih awal dalam definisi tinggi (HD)
Tayangan di tonton 23 Februari 2018, Jumaat, 12.00 tgh hari
Durasi 19 episod x 30 minit
Tayangan serentak kesemua episod (tonton First)

Hidup ini penuh dengan drama, ayuh hadapinya! Dalam menempuh kehidupan yang penuh pancaroba tanpa rujukan rasmi untuk kehidupan yang ideal; buat sesetengah masyarakat, bacaan ringan seringkali dijadikan panduan terbaik dalam menghadapi pelbagai masalah harian.

Suamiku Mat Piun

Sebuah kisah dengan jalan cerita dramatik, paparan setiap halaman episod diisi aksi senda tawa yang mengundang deraian air mata; menyapa gema dalam senario kehidupan sebenar.

Drama komedi Melayu baharu, Suamiku Mat Piun akan disiarkan eksklusif di tonton mulai 23 Februari ini dalam format definisi tinggi (HD), menampilkan sisi berbeza sebuah karangan novel yang lari dari plot kebiasaan. Bergelak-ketawa menerusi tontonan kesemua 19 episod drama komedi ini 2 bulan lebih awal dari tayangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

“Kehidupan saya adalah drama. Cuma ianya tidak disiarkan di kaca TV” – Marc Wallice

Suamiku Mat Piun mengisahkan Nieza dan Pojie sebagai pasangan suami isteri yang melalui pelbagai fasa cabaran. Nieza adalah seorang peminat novel Melayu yang sering membuat keputusan berdasarkan jalan cerita yang diadaptasi dari novel yang dibacanya.

“Jangan mulakan drama jika tidak mahu terlibat dalam kancah”

Halangan yang ditempuhi oleh merpati dua sejoli ini bermula dari perancangan perkahwinan mereka dan melarat sehingga mempunyai keluarga sendiri.

Terpaksa menjalani kehidupan yang sederhana, Pojie seorang budak penghantar (Mat Piun) dan Nieza berdepan dengan bermacam konflik termasuk pelbagai masalah dari kisah lampau dan terkini membuatkan hidup mereka terumbang-ambing, menambah jenaka bersahaja dalam kitaran harian mereka.

Bolehkah Nieza dan Pojie menyelesaikan isu kehidupan dengan menjadikan novel sebagai panduan? Saksikan kesemua 19 episod di tonton ‘First’ secara eksklusif bermula 23 Februari ini.

Menampilkan barisan bintang antaranya Sharifah Sakinah sebagai Nieza dan Along Cham sebagai Pojie; selain turut disertai oleh Mark Adam, Mimi Lana serta Rania Humaira; drama komedi ini mampu membuatkan anda pecah perut dengan pelbagai aksi kelakar menerusi tayangan 2 bulan lebih awal dari TV.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

“tonton sentiasa membawakan sajian drama berkualiti tinggi sejajar dengan 7.8 juta pelanggan keseluruhannya. Suamiku Mat Piun merupakan salah satu usaha tonton memaparkan drama terbaik bagi mengembangkan empayar penstriman di Malaysia.”

“Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama komedi yang menjanjikan anda dan para pengikut setia novel melayu bergelak tawa menerusi kesemua 19 episod, 2 bulan lebih awal dari tayangan di TV dalam format definisi tinggi (HD), eksklusif di tonton.”

Suamiku Mat Piun

Tajuk Suamiku Mat Piun
Tarikh Tayangan / Masa 23 Februari 2018 / Jumaat, 12.00 tgh hari
Deskripsi Siaran eksklusif kesemua episod 2 bulan lebih awal dari tayangan TV
Durasi 30 minit
Episod 19
Produksi / Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah Amor Rizan
Penulis Skrip Tommy Loh
Pelakon Along Cham sebagai Pojie
Sharifah Sakinah sebagai Nieza
Mark Adam sebagai Ashraff
Mimi Lana sebagai Atiqah
Rania Humaira sebagai Kayla

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati 90 peratus kandungan premium tonton secara PERCUMA. Dengan salah satu arkib hiburan terbesar di Malaysia disediakan secara PERCUMA yang terdiri daripada berita harian, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik keemasan tonton, ini pastinya akan meningkatkan lagi pengalaman penonton menontont untuk berkembang maju di negara ini.

Teruskan melanggan pakej VIP tonton di Malaysia yang menawarkan program langsung, saluran premium dan arkib video lebih daripada 30,000 jam ditambah dengan pengalaman bebas iklan video.

Pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3 setiap hari, RM5 mingguan, RM10 bulanan dan RM96 setiap tahun.

Suamiku Mat Piun

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti kami melalui platform media sosial kami:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag kami di #tontonMY #tontonMacamVIP

Ada soalan? Ping kami di perkhidmatan sembang LIVE kami atau hubungi kami di 03-2717 2020!

tonton turut memperkenalkan xtra – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’. Xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara di xtra, portal teras Rangkaian TV Media Prima.

Layari www.xtra.com.my untuk maklumat lanjut!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari KERINGAT Kongsi Kerjaya Unik di TV1

Yang Korang Perlu Tahu Tentang CERIA MEGASTAR