in , ,

Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat 

Mencipta masa depan melalui kegunaan 5G di pelbagai industri di Langkawi

Perjalanan 5G Celcom diteruskan lagi dengan eksplorasi tujuh kes kegunaan 5G yang meliputi Bandar Pintar dan penyelesaian Industri 5G di seluruh Pulau Langkawi. Kes-kes kegunaan 5G tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan daripada pelbagai industri, dengan menyasarkan penambahbaikan operasi harian melalui teknologi 5G.  

Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat
Picture 1: The Future of Public Safety starts with Celcom 5G! (from left), Idham Nawawi, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad, Dato’ Sahabudin Abd Manan, PDRM Strategic Resources and Technology Department deputy director I, Dato’ Eddin Syazlee Shith, Deputy Communications and Multimedia Minister, Al-Ishsal Ishak, MCMC Chairman, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, Kedah Mentri Besar, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Prime Minister of Malaysia, Gobind Singh Deo, Communications and Multimedia Minister, Dato’ Amiruddin Hamzah, Deputy Finance Minister, Kuah assemblyperson Mohd Firdaus Ahmad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Chairman of Celcom Axiata Berhad, Datuk Muhammad Azlee Abdullah, Kedah Deputy Police Chief and Supt Mohd Iqbal Ibrahim, LangkawiDistrict Police Chief.

Eksplorasi Celcom dalam penyelesaian 5G meliputi Geo-fencing & Smart Perimeters, Imbangan Awam Pintar (Kawalan Orang Ramai), Penstriman Pandangan Panorama 360 Langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dan Akses Tetap Tanpa Wayar.

Rangkaian 5G Celcom di Langkawi dijalankan di tujuh lokasi berlainan menggunakan teknologi 5G New Radio yang menampilkan spektrum C-band, Massive Multiple-Input and Multiple-Output (MIMO 64T64R) melalui teknologi 5G Customer Premise Equipment (CPE).

Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat

Kejayaan ini mencerminkan komitmen Celcom untuk merealisasikan penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) melalui teknologi 5G dalam pelbagai industri, serta mendahului dalam aspirasi negara untuk pembangunan sebuah ekosistem digital.

Celcom akan terus berusaha ke arah pengwujudan ekosistem yang mampan melalui kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang menjadi asas kejayaan dalam komersialisasi kes kegunaan 5G. 

Baru-baru ini Celcom telah menjayakan penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G yang djalankan melalui kolaborasi bersama Ibu Pejabat Polis  Daerah Langkawi (PDRM) dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP), menggunakan sembilan kamera video panorama langsung 360⁰ UHD 4K di empat lokasi sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi di Dataran Cenang, Langkawi. 

Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat

Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom disediakan bersama keupayaan Kepintaran Buatan (AI) dan analisa video yang menggunakan ciri 5G dengan kependaman rendah dan kelajuan data yang tinggi, yang membolehkan pemantauan masa nyata dan kualiti gambar definisi tinggi untuk fungsi keselamatan yang berikut: 

  • Pengenalan wajah – keupayaan untuk mengenal pasti suspek yang berpotensi melalui pengesahan titik wajah.
  • Analisa rakan kongsi – keupayaan mengenal pasti rakan jenayah yang berpotensi, melalui analisa video padanan silang.
  • Pelanggaran peraturan lalu lintas – sebarang pelanggaran peraturan lalu lintas dapat dikesan secara automatik.
  • Analisa kenderaan – Rakaman nombor plat dan identifikasi kenderaan. 
Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat

Dalam Projek Demonstrasi 5G Langkawi (5GDP) baru-baru ini, Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom telah disaksikan sendiri oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana MenterI, Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah, Dato’ Jamil Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, dan Al-Ishsal Ishak, Pengerusi SKMM di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di Kuah. 

Acara tersebut turut disertai oleh Dato’ Wira Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan,  Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Muhammad Azlee Abdullah, Timbalan Ketua Polis Kedah, Dato’ Sahabudin Abd Manan, Timbalan Pengarah 1, Sumber Strategik dan Teknologi PDRM,  Mohd Firdaus Ahmad, ADUN Kuah, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad dan Supt Mohd Iqbal Ibrahim, Ketua Polis Daerah Langkawi.

Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad berkata kes-kes kegunaan 5G Celcom di  Pulau Langkawi  yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa dan pemain industri yang berkaitan telah mempamerkan faedah teknologi 5G dengan penyelesaian IoT dan Kepintaran Buatan (AI) dalam menambahbaik operasi harian penggunaanya. 

“Kolaborasi dan eksplorasi peringkat permulaan bersama PDRM telah memberi impak positif dalam operasi harian yang melibatkan keamanan dan keselamatan awam, kerana teknologi 5G akan membolehkan PDRM untuk memastikan kesejahteraan Langkawi dengan lebih cekap dan berkesan. Kami akan terus bekerjasama dengan PDRM bagi potensi pelaksanaan penyelesaian tersebut sebaik sahaja 5G telah dikomersialkan. 

“Kami percaya terdapat peluang yang lebih besar bagi mengoptimisasi faedah penyelesaian ini dan mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai industri untuk meneroka banyak lagi kes kegunaan 5G yang dapat dimanfaatkan oleh perusahaan, pihak penguatkuasa, serta sektor awam dan swasta, seterusnya menerajui inovasi teknologi keseluruhan industri di Malaysia. 

“Bagi terus membangunkan ekosistem 5G dan sejajar dengan Polisi Keusahawanan Nasional 2030, Celcom akan terus memacu pendigitalan perniagaan bagi kecekapan dan kemampanan ekosistem digital tempatan. Melalui Program Pembangunan Vendor (VDP) Celcom yang memfokuskan pembangunan digital dan Dana Inovasi Digital Axiata  (ADIF) yang membiayaai perniagaan permulaan digital, Celcom juga akan terus memperluaskan kolaborasi dan usahanya untuk meneroka pembangunan banyak lagi kes kegunaan yang memberi manfaat kepada perniagaan dengan teknologi IoT dan rangkaian 5G. 

“”Celcom akan terus menyokong negara dalam menjadikan aspirasinya sebuah  realiti, dan sejajar denagn Revolusi Perindustrian Keempat, kami berharap komitmen yang dizahirkan di Langkawi akan menyediakan persekitaran ‘menang-menang-menang’, dalam menuju ke arah membina industri yang lebih mampan serta memberi manfaat kepada rakyat dan mencapai aspirasi digital negara”.

– Idham Nawawi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Pengarah Muzik Faizal Uzir (Lok-U) Meninggal Dunia

Sakit Bukan Alasan Shalma Eliana Lahirkan Single MAHUKAH KAMU Bersama Fariz Jabba